13 Tempat Makan Malam Best di Sepang, Selangor | Sepang adalah sebuah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah ini amatlah popular sebagai salah satu tempat percutian seperi Litar Sepang. Bukan setakat itu sahaja, daerah ini juga dilengkapi dengan infrastruktur Lapangan Terbang, KLIA 1 dan juga KLIA 2. Walaupun daerah ini kecil tapi siapa sangka, daerah ini juga mempunyai tempat makan menarik yang masih ramai tak tahu lagi.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Sepang, Selangor ini.
1. UTAN CAFE – MAKAN MALAM
Korang inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dari bandar? Utan Cafe adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Utan Cafe adalah sebuah hidden kafe yang menghidangkan makanan Local dan Western terbaik di daerah Sepang ini. Terdapat banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih seperti Sotong Goreng Tepung, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Kailan Ikan Masin, Butter Cheese dan banyak lagi. Memang berbaloi lah orang kata. Sedap pun sedap, harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau melepak bersama rakan-rakan. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Utan Cafe ini di Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-2263646.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/utancafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/utancafe/
2. PAPPAGRILL SEPANG – MAKAN MALAM
Korang craving makanan Western tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh cuba di Pappagrill Sepang. Pappagrill Sepang adalah sebuah restoran Western yang menyediakan pelbagai jenis hidangan. Terdapat banyak pilihan yang korang boleh pilih seperti Lamb Chops, Mushroom Soup, Sizzling Lamb Chop, Chicken Chop dan banyak lagi. Pasti korang akan rambang mata punya lah. Apa yang menariknya ialah harga, portion, suasana dan perkhidmatan disini memang baik. Korang pasti akan puas hati. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.
Lokasi ini di KIP Sentral, 76, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-8705 3989.
BUSINESS PAGE: https://pappagrill.com/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pappagrillmalaysia/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pappagrillmalaysia/
3. NAJAHA TOMYAM SEAFOOD – MAKAN MALAM
Dah jemu makanan Western dan craving masakan Thai? Korang boleh singgah di Najaha Tomyam Seafood ini. Untuk pengetahuan korang, Najaha Tomyam Seafood ada menyediakan banyak jenis hidangan Thai yang pastinya akan membuatkan korang jatuh cinta. Kombinasi rasa masam masam manis Tomyam pasti akan memukau pandangan korang. Bukan setakat Tomyam je, hidangan lain pun lazat. Memang korang akan kesedapan menjilat jari punyalah. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Najaha ini di 75, 49, Jalan Warisan Megah 1/5, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 1:30 pagi.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Sepang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sepang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!