13 Tempat Makan Malam Best di Seri Kembangan, Selangor | Seri Kembangan adalah sebuah bandar baharu yang pesat membangun di Selangor Darul Ehsan. Bandar ini amatlah popular sebagai tempat tarikan terutamanya melibatkan beli belah. Bukan itu sahaja, bandar ini juga popular dengan hidangan tempatan yang juga menarik.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Seri Kembangan, Selangor ini.

 

1. KEDAI MAKAN SINGGAH D’KLASIK – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi buntu nak makan mana? Korang boleh ke Kedai Makan Singgah D’Klasik ini. Kedai Makan Singgah D’Klasik adalah sebuah restoran popular dengan hidangannya yang cukup padu. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis masakan seperti masakan Malay, Thai dan Western. Apa yang menarik lagi, portion disini sangatlah banyak memang kenyang punya. Harga, suasana dan perkhidmatan disini pun cukup baik. Tak percaya? Cuba lah rasai sendiri.

Lokasi ini di Jalan Raya 2, Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-3535101. 

 

2. RESTORAN HALF MOON – MAKAN MALAM

Korang tiba-tiba craving masakan Arab? Korang boleh ke Restoran Half Moon. Restoran Half Moon adalah sebuah restoran Yemeni terbaik yang ada di Seri Kembangan ini. Dikatakan makanan disini sangatlah lazat dan juga mengenyangkan kerana portionnya yang cukup besar. Bukan setakat tu saja, ayam disini pun cukup juicy dan berperisa. Memang puaslah makan.

Lokasi restoran ini di 15 – 1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-9748038.

 

3. NASI KANDAR AD-DHUHA – MAKAN MALAM

Craving masakan mamak? Korang boleh ke Nasi Kandar Ad-Dhuha ini. Dekat sini, korang dapatkan pelbagai jenis masakan mamak yang sedap. Antara menu yang korang boleh dapatkan ialah Naan Cheese, Tandori Chicken, Maggi Mie Goreng, Maggie Goreng Ayam Pedas, Roti Canai Banjir, Nasi Kandar dan banyak lagi. Korang pasti akan kesedapan punyalah! Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 9-G, Perniagaan The Atmosphere, Pusat, Jalan Atmosphere Utama 3, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari pada 24 jam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-89405580.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Petaling ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Seri Kembangan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply