13 Tempat Makan Malam Best di Sik, Kedah | Sik, sebuah daerah di Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Kedah iaitu kira-kira 1635 km persegi. Sik dikenali sebagai daerah yang mengekalkan gaya hidup luar bandar dan memainkan peranan penting dalam sektor pertanian. Ia adalah tempat yang sesuai untuk destinasi pelancongan alam semula dan merasai budaya Melayu tradisional.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Sik, Kedah yang anda boleh cuba.
1. RESTORAN SINGGAH RASA D’EZZAT – MAKAN MALAM
Kalau korang craving masakan Thai dan burger di daerah Sik ini, korang boleh cuba makan di Restoran Singgah Rasa D’ezzat. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Local dan Western yang sungguh lazat dan suasana santai yang boleh anda nikmati. Harga pun cukup berpatutan. Cuba sekali, pasti anda akan suka selama-lamanya.
Restoran ini terletak di 419, Jalan Ibrahim, Pekan Sik, 08210 Sik, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 4:30 petang hingga 2 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-5054252.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarungDezzat/
2. NASI KUKUS AYAM BEREMPAH SIK KEDAH – MAKAN MALAM
Nasi Kukus Ayam Berempah merupakan salah satu destinasi yang popular dengan hidangannya, Nasi Kukus. Dikatakan Nasi Kukus disini adalah paling lazat di bandar ini. Kalau korang ada dekat sini, korang bolehlah datang singgah makan. Pasti anda akan menjilat jari kesedapan.
Kedai ini terletak di Pekan Sik,08210 Sik, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali pada 3 petang hingga 11 malam.
3. KEDAI MAKAN KAK YONG SIK – MAKAN MALAM
Kalau korang ingin makan malam masakan panas, Kedai Makan Kak Yong Sik adalah destinasinya. Kedai ini dikenali sebagai tempat yang menyajikan masakan Local yang mempunyai aura klasik dan santai dimana ianya sesuai bagi yang ingin makan dalam persekitaran yang tenang. Antara menu yang ada disini ialah Nasi Campur, Nasi Goreng dan banyak lagi. Korang boleh cuba rasa makan disini.
Kedai makan ini terletak di Medan selera, Pekan Sik, 08200 Sik, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat pada 10 pagi hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-5790071.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaimakankakyongsik/
4. RESTORAN AL HIJRAH KAMPUNG SUNGAI PAU – MAKAN MALAM
Restoran ini menyediakan masakan panas, Western dan Nasi Arab Mandy. Ia amatlah sesuai untuk anda seisi keluarga dan rakan anda kerana suasana yang sungguh mesra dan portion makanan juga amat memuaskan. Yang pasti perut anda akan kenyang.
Restoran ini terletak di Kampung Sungai Pau, Kg. Sungai Pau, 08200 Sik, Kedah dan beroperasi pada setiap hari kecuali Khamis pada 4:30 petang hingga 11:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-19600747.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Al-Hijrah-100063753842251/
5. PAK BI WESTERN – MAKAN MALAM
Inginkan makanan Western dengan harga yang berpatutan dan sedap? Korang kena makan di Pak Bi Western. Pak Bi Western ini menyediakan pelbagai jenis makanan western seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Meatball dan banyak lagi. Kedai ini mempunyai hiasan malam yang cantik dan ianya amatlah sesuai untuk seisi keluarga atau rakan anda berkumpul. Jangan lepaskan peluang ni.
Kedai Western ini terletak di Kampung Charok Pelanduk, 08210 Sik, Kedah dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-40664576.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Pak-Bi-Western-100049311866299/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Sik ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sik, Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!