13 Tempat Makan Malam Best di Tangkak, Johor | Tangkak adalah sebuah bandar di daerah Tangkak, Johor. Daerah ini adalah sebuah penempatan yang telah lama dibuka sebelum ia dibangunkan oleh Daro’ Muhammad Salleh bin Perang dan Dato’ Bentara Luar pada akhir kurun ke 19.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Tangkak, Johor ini.

 

1. PAK MAON WESTERN TANGKAK – MAKAN MALAM

Tekak tiba-tiba terasa nak makan makanan Western? Korang boleh pergi ke Pak Maon Western Tangkak. Apa yang menarik disini ialah mereka ada menawarkan bermacam jenis hidangan yang korang boleh dapatkan disini. Pasti korang akan menjilat kesedapan punya. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Goreng Kampung Chicken Chop, Lamb Chop Grilled, Set Talam Dua Muka, Grilled Cheese Lamb Chop, Spaghetti Aglio Olio Seafood dan banyak lagi. Rata-rata pelanggan disini sangat berpuas hati kerana harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Memang terbaik!

Lokasi Pak Maon Western Tangkak ini di Lot 1607, Jalan Muar, Kampung Tanjong Batu 15, 84900 Tangkak, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6616036.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pmwtangkak/

 

2. D’MAMPIR NASI LEMAK – MAKAN MALAM

Craving Nasi Lemak malam tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, masalah itu boleh diselesaikan di D’Mampir Nasi Lemak. Kalau korang nak tahu, D’Mampir Nasi Lemak adalah sebuah restoran Nasi Lemak terbaik di Tangkak ini. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam macam jenis lauk sampingan. Antaranya Ayam Goreng, Sotong, Telur Mata dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana mereka akan memastikan makanan panas terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Bukan itu sahaja, harga pun sangat berbaloi. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi D’Mampir Nasi Lemak ini di Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Rabu dan Khamis pada 3 hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-6739788.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/DMampir-Nasi-Lemak-Pjbt-Pos-Tangkak-100063972467868/

 

3. UPTOWN TANGKAK – MAKAN MALAM

Korang buntu nak makan apa? Jangan risau, korang boleh ke Uptown Tangkak ini. Apa yang menarik disini adalah terdapat sebanyak 30 lebih peniaga dengan pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa. Korang pasti akan rambang punyalah. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan tapi ia juga sesuai untuk seisi keluarga. Rugi tau kalau korang tak cuba. Memang terbaiklah orang kata.

Lokasi ini di Jalan Dataran 1, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor dan dibuka Khamis hingga Ahad pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6577404.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/uptowntangkak/

 

4. D JKR CAFE – MAKAN MALAM

Korang seorang penggemar Mee Bandung? Korang boleh ke D JKR Cafe ini. Kalau korang nak tahu, D JKR Cafe adalah sebuah kafe yang sangat popular dengan hidang Mee Bandung di Tangkak ini. Rata- rata pelanggan yang pernah kunjung disini sangatlah berpuas hati dengan hidangannya. Yang pastinya akan membuatkan korang repeat punya. Korang pasti akan terpukau dengan keaslian rasa Mee Bandung disini. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi kafe ini di Taman Ledang, 84900 Tangkak, Johor dan dibuka setiap hari pada 6 petang hingga 2 pagi.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Tangkak ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Pasir Gudang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply