13 Tempat Makan Malam Best di Titiwangsa, Kuala Lumpur | Titiwangsa adalah sebuah kawasan yang terletak di Kuala Lumpur. Titiwangsa amatlah popular sebagai salah satu daya tarikan yang wajib untuk dikunjungi. Dekat sini, terdapat tasik yang besar untuk menenangkan diri. Bukan setakat itu je, kawasan ini juga sesuai untuk korang yang suka buat outdoor shooting, memang cantik lah orang kata.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Titiwangsa, Kuala Lumpur ini.

 

1. PAK PUNJAB RESTAURANT – MAKAN MALAM

Dah jemu makan malam makanan Local? Korang boleh cuba di Pak Punjab Restaurant ini. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan banyak jenis makanan Pakistan yang padu-padu. Bukan setakat tu saja, korang pasti akan rambang mata nak pilih yang mana satu. Antara menu yang korang boleh dapatkan ialah Biryani and Chicken Kharahi, Chicken Handi, Tandoori Chicken Tikka Salad, Chicken Curry, Seekh Kebab dan banyak lagi. Memang menjilat jari punya. Rugi tau tak cuba disini. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi Restoran Pak Punjab ini di batu 1.5, 105, Jln Sultan Azlan Shah, Titiwangsa Sentral, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 24 jam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-40505001.

 

2. SEJIWA  TITIWANGSA – MAKAN MALAM

Kalau korang inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan cantik. Korang boleh ke Sejiwa Titiwangsa ini. Sejiwa Titiwangsa adalah sebuah restoran hidden gem yang menghidangkan makanan Western. Dikatakan dekat sini, terdapat banyak pilihan yang korang boleh cuba seperti Beef Wellington, Chiceken Bolognese Pizza dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Bukan setakat itu saja, suasana disini pun cukup tenang. Memang sesuailah untuk korang yang nak santai-santai. Memang berbaloi.

Lokasi Sejiwa Titiwangsa ini di National Art Gallery Jalan Temerloh, off, Jln Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 9:30 pagi hingga 10 malam.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sejiwa.kl/

 

3. HOKKAIDO SEAFOOD KL MAIN BRANCH – MAKAN MALAM

Craving seafood tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, korang boleh ke Hokkaido Seafood KL Main Branch ini. Hokkaido Seafood adalah sebuah restoran Seafood terbaik yang ada di Titiwangsa ini. Dikatakan makanan disini sangatlah segar, juicy, lembut dan sedap dimakan. Bukan setakat tu je, terdapat pelbagai pilihan Seafood yang korang boleh pilih seperti Kerang, Ikan, Udang, Sotong, Ketam dan banyak lagi. Korang pasti akan jatuh cinta punyalah. Harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Jadi, jangan lepaskan peluang ni. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 68, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada  5:30 petang hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3438039.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HokkaidoSeafoodKL/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoran_hokkaido_seafood/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Titiwangsa ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Titiwangsa ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply