13 Tempat Makan Malam di Bera, Pahang | Bera adalah sebuah daerah yang berada di bahagian selatan negeri Pahang.  Walaupun daerah ini kecil berbanding yang lain tetapi siapa sangka daerah ini mempunyai tempat makan malam yang padu.

Jadi kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda ada boleh singgah di Bera, Pahang.

 

1. RESTORAN PAK SU TOMYAM – MAKAN MALAM

Bagi korang yang ingin makan malam dengan masakan melayu, korang boleh ke Restoran Pak Su Tomyam. Restoran Pak Su Tomyam merupakan sebuah restoran masakan Melayu yang paling padu di daerah Bera ni. Dekat sini terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh cuba seperti Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Kuey Tiow Kungfu, Kuey Tiow Sup, Nasing Goreng Ikan Masin dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangatlah mampu milik dan berbaloi dengan portion yang ditawarkan.

Lokasi Taman Kerayong Jaya, 28200 Teriang, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-72340585.

 

2. RESTORAN UDANG GALAH ORANG MINYAK – MAKAN MALAM

Korang yang suka makan Udang Galah? Restoran Udang Galah Orang Minyak adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Restoran Udang Galah Orang Minyak ialah sebuah restoran yang popular di sini. Sebut saja Udang Galah, mesti restoran ini akan disebut dahulu. Terdapat banyak jenis hidangan yang korang boleh cuba iaitu Tomyam Udang Galah, Udang Galah Celup Tepung, Set Udang Galah Butter dan banyak lagi. Korang akan menjilat jari sebab udang yang dihidangkan sangat fresh dan juicy. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di Jalan Mengkuang, Taman Raya, 28300 Triang, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 2 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 014-8155412.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/udanggalahorangminyak/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/udang_galah_orang_minyak/

 

3. SATAY MAKTOQ LEGASI/KAKLONG TOMYAM RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan satay tapi tak tahu dekat mana yang best? Boleh cuba di Satay Maktoq Legasi ini. Walaupun kedai ini kelihatan biasa tetapi sebenarnya luar biasa. Satay sini pasti korang buatkan korang puas hati punyalah sebab satay yang dihidangkan sangatlah tender, juicy dan portion agak besar. Bukan setakat satay je tau, dekat sini juga terdapat masakan tempatan yang padu. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga, korang boleh cuba disini. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini berada di Smk sri buntar Triang, 28300 Bandar Bera, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali 6:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-8354101.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Bera ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bera, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply