15 Mat Rempit Ditahan Dan Dikenakan Kompaun Gara-gara Berlumba

| June 26, 2021 | 0 Comments

15 Mat Rempit Ditahan Dan Dikenakan Kompaun Gara-gara Berlumba | Walaupun negara pada ketika ini masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi terdapat segelintir masyarakat yang tetap berdegil untuk keluar rumah melakukan perkara yang tidak berfaedah termasuk berlumba di jalan raya.

Seringkali kita dengar golongan remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal di jalan raya sekaligus membahayakan diri sendiri serta orang ramai.

15 Mat Rempit Ditahan Dan Dikenakan Kompaun Gara-gara Berlumba

Batu Pahat: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 15 mat rempit termasuk mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi yang melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Pahat itu dilakukan kira-kira pada jam 6.30 petang.

Dalam pada itu, menurut beliau, kesemua mereka yang terbabit berusia lingkungan antara 16 hingga 21 tahun.

“Dua daripada mereka ditangkap di bawah Seksyen 42 akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987 iaitu menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (hari ini).

Beliau mengulas lanjut, seorang daripadanya turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama semasa diperiksa dan cuba melarikan diri serta menggilis kaki seorang anggota polis.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 58 saman pol 257 telah dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *