18 Orang Terbunuh Dalam Insiden Serangan Di Afrin | Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam satu insiden serangan ke atas bandar Arfin yang dikuasai pemberontak di Utara Syria.

18 Orang Terbunuh Dalam Insiden Serangan Di Afrin

Kumpulan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia, berkata kebanyakan daripada mangsa adalah pesakit dan kakitangan sebuah hospital.

Menurut seorang pengawas perang badan pemantau itu, seorang doktor, tiga kakitangan hospital, dua wanita dan dua kanak-kanak terkorban di hospital Al-Shifaa di bandar yang ditahan pemberontak disokong oleh Turki.

Menurut kumpulan pemantau itu, seorang komander juga maut di hospital berkenaan sementara itu seramai 23 orang lagi mengalami kecederaan.

Seorang wartawan AFP turut menunjukkan visual rakaman pekerja bertopi keledar putih di halaman sebuah hospital yang dipenuhi mayat.

Pengarah Kumpulan Pemantau, Rami Abdel Rahmane berkata tembakan itu menyasarkan beberapa kawasan di bandar dan hospital.

Sebilangan mangsa yang maut dalam tembakan di hospital dan jumlah korban mungkin meningkat berikutan keadaan beberapa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa difahamkan terkena tembakan artileri dipercayai dari wilayah utara Aleppo utara, di mana militia menyokong Iran dan Syria ditempatkan, dekot zon dikuasai pasukan Kurd.

Bagaimanapun pasukan KurdĀ  yang diterajui Pasukan Demokratik Syria (SDF) mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam serangan itu.

Wilayah itu, seperti mana semua kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Turki, sering menyaksikan sasaran pembunuhan, pengeboman dan penembakan.

Menurut pengawas perang, tembakan rejim Syria di wilayah Idlib yang dikuasai pembangkang membunuh 12 orang pada Khamis lalu, menjadi serangan pasca gencatan senjata terburuk sejak 15 bulan lalu.

Konflik di Syria yang bermula pada tahun 2011 telah mengorbankan hampir 500,000 orang serta penindasan kejam terhadap demonstrasi secara damai.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply