KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki mendalangi kegiatan pecah kedai di sekitar Ampang Jaya, dalam tangkapan berasingan pada Jumaat lalu dan semalam.
Mereka ditahan selepas sebuah kedai pakaian di Jalan 6/5 Taman Komersial Pandan Indah, dipecah masuk pada pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian disedari pada jam 9 pagi oleh seorang pekerja selepas mendapati pintu masuk di tingkat satu dalam keadaan terbuka.
“Kunci mangga pintu depan didapati dipotong dan pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu menunjukkan dua lelaki asing memecah masuk kedai dan melarikan pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM10,000.
“Susulan aduan diterima, kita menahan seorang suspek kira-kira jam 11.40 pagi pada hari kejadian, manakala suspek kedua ditahan pada jam 1.20 pagi semalam, kedua-duanya di Pandan Indah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun itu tidak bekerja dan ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine.
Katanya, semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau dan menerusi tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk komputer riba, peti simpanan duit, jam tangan berjenama dan pelbagai telefon bimbit.
“Modus operandi mereka ialah memecah masuk premis kedai dan melarikan barang berharga. Hasil siasatan mendapati, kumpulan ini dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya dua kes pecah kedai.
“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan pecah premis untuk tujuan mencuri,” katanya.
Sumber: BH
Baca Juga: Sekumpulan Lelaki Menyamar ‘Pegawai Siasatan’ Rompak Ahli Perniagaan | Sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai pegawai Ketua Biro Siasatan Pusat (CBI) memecah masuk ke dalam rumah seorang ahli perniagaan dan merompak 30 lakh rupee (kira-kira RM160,322) dan barang kemas, lapor Polis Bhowanipore Kolkata.
India Times melaporkan, insiden itu berlaku kira-kira jam 8 pagi Isnin dan sekumpulan tujuh hingga lapan lelaki ‘berlakon’ sebagai penyiasat CBI menyerbu masuk ke rumah Suresh Wadhwa yang berusia 60 tahun di lorong Rupchand Mukherjee.
Kumpulan itu memulakan apa yang didakwa sebagai “serbuan,” menurut aduan yang difailkan oleh Wadhwa di balai polis Bhowanipore.
Beliau berkata lelaki itu tiba dengan tiga kenderaan yang ditampal dengan pelekat polis. Beliau membuka pintu, dan mereka menyerbu masuk, sambil memaklumkan mereka adalah pegawai CBI.
Wadhwa berkata beliau meminta mereka untuk menunjukkan kad pengenalan, tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Ahli perniagaan itu melaporkan kumpulan lelaki itu yabg mengambil wang tunai berjumah 30 lakh rupee dan barang kemas bernilai beberapa lakh rupee, berjanji untuk memberikannya ‘senarai rampasan’, kemudian.
Katanya lagi, senarai itu disediakan di kediaman saya tetapi memberitahu akan menghantarnya kemudian. Mereka juga memberitahu saya akan dipanggil ke pejabat mereka kelak.
Polis Kolkata menjalankan siasatan selepas ahli perniagaan itu membuat aduan.
Seorang pegawai kanan polis berkata Sleuths dari jabatan detektif Polis Kolkata dan rakannya dari Balai Polis Bhowanipore sudah menjalankan siasatan kes itu.
Siasatan awal mendapati lelaki tinggi dan berbadan sasa itu membawa kayu ketika ‘operasi’ di kediaman Wadhwa.
Menurut pegawai itu, penyiasat sedang meneliti kemungkinan ahli keluarga Wadhwa terbabit dalam jenayah itu.
Sumber: KMN