3 Maut, Ratusan Hilang Tempat Tinggal Akibat Ribut Choi-Wan | Filipina dilaporkan dilanda bencana alam ribut Tropika sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan ratusan lain kehilangan tempat tinggal, di sini, baru-baru ini.

3 Maut, Ratusan Hilang Tempat Tinggal Akibat Ribut Choi-Wan

Ribut terbabit bukan sahaja mengakibatkan kematian orang awam malah turut mengakibatkan banjir serta berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman.

Pakar Metereologi melaporkan bahawa ribut tersebut telah melalui kawasan barat daya iaitu di bandar Masbate dengan kelajuan angin dikhabarkan 65 kilometer per jam pada hari rabu yang lalu menurut laporan media tempatan.

Tambahnya lagi, angin dilaporkan bakal bergerak ke arah barat laut pula selepas ini dan ia mungkin menjadi lebih lemah menjelang Khamis.

Setakat ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 2,600 mangsa dikhabarkan telah kehilangan tempat tinggal dan kebanyakannya disebabkan oleh banjir iaitu di 18 kampung di bahagian selatan rata-ratanya.

Sementara itu, lebih kurang 3,000 penumpang serta pengendali melibatkan kargo dilaporkan terkandas di pelabuhan setelah perjalanan di laut terpaksa ditangguhkan akibat ribut Choi-Wan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply