13 Tempat Makan Best Seafood Di Balik Pulau, Pulau Pinang | Balik Pulau adalah sebuah bandar yang terletak di Pulau Pinang. Di balik pulau seperti yang ramai ketahui dinamakan sebagai salah satu ‘syurga makanan’ di Pulau Pinang. Di balik pulau juga popular dengan juadah seperti laksa jangus dan juga makanan yang berasaskan makanan laut dan darat. Selain itu terdapat juga tarikan lain di sini seperti street art, ladang durian dan buah pala dan banyak lagi.
Pulau Pinang memang popular dengan makanannya, tapi dimana tempat-tempat yang best yang perlu dicuba terutama sekali apabila berkunjung bersama keluarga. Berikut adalah senarai tempat-tempat makan seafood best yang ada di Balik Pulau, Pulau Pinang.
1. CELOP TEPUNG TOK’TI BALIK PULAU – SEAFOOD
Berminat dengan makanan seafood yang ranggup dan crispy dan dimakan panas-panas? Restoran ini lah yang akan menjadi pilihan. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di berdasarkan google dan mempunyai ulasan yang baik tentang masakan di sini. Harga di sini juga murah.
Antara menu yang ada di sini ialah ikan celup tepung, sotong celup tepung, baby crab celup tepung, udang celup tepung, koeyteow seafood, sosej ayam cheese, roti bantal, ikan bakardan banyak lagi.
Lokasi ini di Jalan Tun Sardon, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 1.00 tengah hari hingga 7.30 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:017-574 1799
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warongtokti
2. MAK NGAH GULAI WARISAN – SEAFOOD
Restoran ini adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan yang bercirikan cita rasa kampung. Jidi bagi peminat masakan kampung memang digalakkan datang ke sini. restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen yang memberi maklumbalas postif. Harga di sini juga murah dan berbaloi.
Antara menu utama yang popular di sini ialah gulai ikan sembilang yang dimakan bersama nasi panas-panas. Selain itu, terdapat juga hidangan seperti gulai ikan senangin, gulai keli, kari kepala ikan, senangin goreng, aneka lauk pauk, nasi campur dan banyak lagi.
Lokasi ini di Jalan S,Nipah, Balik Pulau, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali ahad pada pukul 10 pagi hingga 3.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:012-545 5521
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/makngahgulaiwarisan/
3. PAK WAN KARI SEMBILANG JALAN KUALA BHARU – SEAFOOD
Restoran ini juga adalah salah satu restoran yang menyediakan kari yang popular di balik pulau. Pelbagai jenis ikan yang digunakan seperti Jenahak, Bawal Emas, Pari, Sembilang ,Kepala Jenahak. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan komen yang memuji masakan di sini. Harga di sini juga murah.
Antara menu menu yang ada di sini ialah ikan bawal set, gulai telur ikan, gulai bawal emas, bawal goreng kicap cili, kari kepala ikan dan banyak lagi.
Lokasi ini di Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau, Pinang, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat pada pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-425 0605
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063781293640
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Balik Pulau ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !