Gadis Kerja Stesen Minyak Diperli Pelanggan ‘Mengaji Tak Pandai’  | Gara-gara bekerja di stesen minyak, seorang gadis berkongsi pengalaman dirinya seolah-olah dipandang rendah selepas berdepan seorang pelanggan yang disifatkan sebagai biadab.

Menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, Izzaty Nazmi berkata, insiden menyakitkan hati itu terjadi ketika dia bekerja di kaunter stesen minyak tersebut sebelum didatangi seorang pakcik yang mahu membayar minuman dibeli.

@izzatynazmii._

Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap

♬ Antassalam – Fairuz Band

Gadis berusia 21 tahun itu berkata, pada mulanya dia cuba untuk bersikap positif selepas ditanya pakcik berkenaan sekiranya sudah menamatkan persekolahan ataupun belum.

“Time scan untuk membayar, tiba-tiba pakcik tu tanya.. adik, hang dah habis sekolah ka? Aku pun positif, mungkin dia nak cakap badan aku ni kecil macam budak sekolah lagi,” katanya.

Bercerita lanjut, Izzaty atau mesra disapa Zaty berkata, pakcik terbabit kemudian mula menyindir tentang tahap pendidikan serta gaji yang tinggi selain perkataan mengguris hati sehingga membuatkan dirinya terkedu seketika.

“Pedih ya, benda ni still sakit lagi dalam hati kalau teringat. Rasa nak menangis, marah, pedih. Tak sangka pakcik tu dengan nada yang biadab, dia boleh cakap.. ha belajar tak pandai la tu.

“Pastu dia cakap.. kenapa tak belajar tinggi-tinggi? Boleh la merasa gaji RM5,000 – 6,000. Belajar la tinggi-tinggi. Kerja petrol pam ja?” ujar gadis tersebut dalam loghat utara.

Malah, ketika mahu keluar dari pintu kedai, pakcik berkenaan juga mengandaikan bahawa gadis itu menerima gaji sekitar RM1,500 sebulan.

Video berdurasi tiga minit itu meraih 512,400 tontonan dan lebih 2,300 komen netizen yang turut berkongsi pengalaman ahli keluarga berdepan situasi sama selain meninggalkan kata-kata positif buat Izzaty.

Bukan saling mengenali, jadi siapalah kita untuk menilai kehidupan orang lain. Lebih baik sekiranya pakcik tu mendoakan yang terbaik, daripada bercakap perkara yang menyakiti hati.

Sumber: OMM

 

Baca Juga: Makan Mi Segera Dalam Tren. Rapid KL ‘Perli’ Penumpang Degil

Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang.

Makan Mi Segera Dalam Tren. Rapid KL 'Perli' Penumpang Degil

Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL.

Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Rapid KL dan menyeru agar pihak berwajib terus bertegas dengan pelanggan yang degil.

“Jenis tegur tidak jalan ni elok di emergency brake kan sahaja biar mee segera tu masuk hidung.

“Masa orang makan mee segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut ketika memecut macam saya kena hari itu, ” jelas Rashid Saleh Yakob.

“Nanti kena saman, salahkan RapidKL pula. Kalau tren tu tiba-tiba berhenti mengejut ke apa. Mee segera jatuh satu koc la kotor sebab kuah mengalir, kenapa la ada jenis macam ni, ” jelas Zaa Landau.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply