13 Tempat Makan Best Seafood Di Bukit Kayu Hitam, Kedah | Bukit kayu hitam adalah sebuah bandar sempadan utama di sempadan malaysia dan thailand. Bukit kayu hitam popular dengan menjadi pusat membeli belah dalam kalangan pelancong untuk “menjamu mata” disini. Selain itu, terdapat juga tempat tempat makan yang  popular dengan masakan thai disini.

Perut lapar tapi tak tahu port makan yang best dan berbaloi di Bukit Kayu Hitam. Berikut adalah senarai  beberapa tempat makan best yang ada di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang patut anda cuba.

 

1. RESTORAN REDHZA – SEAFOOD

Restoran Redhza ialah restoran makanan laut  yang mendapat rating tinggi di google. Kebanyakkan komen memuji hidangan di restoran ini dan harga disini juga murah dan sangat berbaloi dengan porsi dan jenis makanan yang diberikan.
Antara menu dan hidangan yang ada disini ialah ikan siakap 3 rasa, tomyam, sambal udang, kerabu maggi, keng som, nasi campur, nasi berlauk, nasi goreng seafood, sotong goreng tepung, ketam, udang, kerang dan banyak lagi.
Lokasi ini di Taman Seri Temin, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 12.30 tengah hari sehingga 11 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 011-5679 3036

2. POTLEPAK – SEAFOOD

Potlepak ialah sebuah restoran yang menyediakan makanan berkonsepkan makanan laut, western dan banyak lagi. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan komen yang positif. Harga disini juga murah. Restoran ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bersama tersayang.
Antara makanan yang ada disini ialah set bawal goreng, set siakap sambal petai, set sotong, grilled salmon, fish and chips, mix platter dan banyak lagi.
Lokasi ini di Kampung Paya Nongmi, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat, pada jam 4 petang sehingga 11 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 011-1438 2308

3. NURLAILA TOMYAM SEAFOOD – SEAFOOD

Restoran ini adalah sebuah restoran makanan laut yang yang mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata komen memuji hidangan di sini. Harga disini juga murah untuk dicuba.

Antara menu yang popular disini semestinya tomyam campur yang popular disini. Selain itu terdapat juga banyak aneka makanan thailand, siakap stim limau, iakn tiga rasa, kerabu maggi, kerabu seafood dan banyak lagi.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.Lokasi ini di lorong danok, sintok kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali jumaat, pada jam 11 pagi hingga 10 malam.

FACEBOOK PAGE: Nurlaila Seafood

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Bukit Kayu Hitam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply