3 Tempat Makan Best Seafood Di Bukit Mertajam Pulau Pinang | Bukit mertajam merupakan sebuah bandar yang terletak di Pulau Pinang. Bukit mertajam terletak di daerah seberang perai tengah. Walaupun tidak banyak tempat menarik untuk dilawati di bukit mertajam tetapi disini terdapat banyak restoran makan yang menarik yang ada di bukit mertajam di Pulau Pinang ini.
Di bukit mertajam terdapat banyak tempat makan yang perlu anda kunjungi terutama tempat makan yang menghidangkan hidangan berasaskan makanan laut. Tapi dimana tempat makan yang best yang ada di Bukit Mertajam? Berikut merupakan senarai 3 tempat makan seafood best yang ada di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
1.Merong – Lagenda Ikan Bakar & Shellout
Restoran makanan laut yang dinamakan merong lagenda ini mendapat rating di google yang tinggi dengan kebanyakkan pelanggan memberi komen yang memuji masakan disini. Harga disini juga murah dan berpatutan. Hidangan utama yang disediakan disini ialah ikan bakar dan shellout yang popular di restoran merong ini.
Dinatara hidangan yang ada disini ialah seperti set ikan bakar, set shellout, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, tomyam seafood, siakap 3 rasa, ikan pari bakar, tomyam campur, dan banyak lagi jenis hidangan yang disajikan disini.
Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 36 Lorong Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 4 petang sehingga 12 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 018-666 3630
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/merong.ikanbakar/
2.Achik Ikan Bakar
Achik ikan bakar merupakan sebuah port makan ikan bakar yang semakin popular dalam kalangan penduduk di bukit mertajam bahkan penduduk luar juga. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan koemn yang positif tentang masakan dan layanan disini. Harga di restoran ini juga berpatutan dan berbaloi untuk dicuba
Diantara jenis hidangan yang disajikan disini ialah seperti pari bakar sambal, tomyam seafood, shellout seafood, kerang rebus, bawal bakar, ikan kembong bakar, sotong bakar, ketam bakar, udang bakar, lala masak pedas dan juga aneka masakan bergoreng berasaskan seafood.
Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 173 JALAN MACHANG BUBOK TAMAN MACHANG BUBOK, Bukit Mertajam, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 5 petang sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-499 4802
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/achikikanbakar
3.Serambi Seafood
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan ala-Thai yang menyelerakan. Disediakan oleh tukang masak berpengalaman luas dalam bidang kulinari Thai & bahan masakan yang halal, suci dan dijamin kebersihan. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan berpuasa hati dengan masakan disini.
Diantara jenis hidangan yang ada disini ialah seperti siakap 3 rasa, siakap masak stim, tomyam seafood dan tomyam campur, sotong kangkung, ikan bawal, masakan bergoreng ala thai dan banyak lagi hidangan.
Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 32A, Jalan Oren Hartamas, Taman Oren Hartamas, 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 3 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-417 0156
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/serambiseafoodpenanti/?ref=page_internal