13 Tempat Makan Best Seafood Di Kota Bharu, Kelantan | Kota Bharu  merupakan ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia. Bandar ini merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu merupakan daerah yang selalu dikunjungi pelancong dan mempunyai banyak tempat makan seafood yang best yang boleh dikunjungi.

Mereka yang menyukai makanan laut digalakkan untuk datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba makanan-makanan lazat dan menarik dari daerah Kota Bharu tapi tak tahu nak makan di mana?Berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best seafood best di Kota Bharu, Kelantan.

 

1. KST IKAN BAKAR WAKAF CHE YEH – SEAFOOD

Kalau ditanya kat mana restoran ikan bakar paling sedap di Kota Bharu, rata-rata masyarakat tempatan pasti akan mencadangkan KST Ikan Bakar yang terletak di Wakaf Che Yeh. Restoran ini pasti akan dipenuhi pelanggan di waktu malam.

Selain ikan bakar, mereka trut menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong yang turut dibakar berempah. Anda juga boleh memesan udang/sotong goreng terpung, tomyam campur, sup kepala ikan, dan pelbagai lagi masakan ala Thai.

Jika anda merancang untuk berkunjung, Lokasi restoran ini terletak di  Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Sebarang pertanyaan hubungi 019-9102964.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KSTrestaurant/?locale=ms_MY

2. JUARA IKAN BAKAR KUBANG KERIAN – SEAFOOD

Teringin makan ikan bakar di Kota Bharu? Anda boleh cuba makan di restoran Juara Ikan Bakar ini. Restoran ini kebanyakannya pelanggan memuji masakan dan layanan mereka. Menunya termasuk ikan bakar, talapia goreng, nasi putih ikan keli goreng, aneka nasi dengan lauk pauk, dan banyak lagi. Harganya juga berpatutan dan berbaloi.

Berminat untuk berkunjung ke sini? Lokasi restoran ini terletak di  Lot 3017 Hadapan Balai Polis, Jln. Pasir Puteh, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi adalah pada setiap hari , jam 3.00 petang sehingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 010-5545361.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/search/top?q=juara%20ikan%20bakar%20kubang%20kerian

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@juaraikanbakar_

3. SIAM RESTAURANT – SEAFOOD

Menggunakan konsep food court, Siam mengumpul pelbagai jenis gerai yang menyediakan pelbagai makanan. Dengan compound yang sangat luas, bukan sahaja tempat letak kereta yang banyak, tempat duduk dan makan pon banyak. Bolehlah datang beramai-ramai.

Menu utama di sini tentulah ikan bakar. Ikan Talapia Bakar Garam atau Miang Pla Talapia adalah antara yang paling popular di sini. Makanan seafood juga menjadi pilihan pengunjung apabila datang ke restaurant ini. Makanan Thai popular lain seperti daging harimau menangis, kerang rebus, kerabu mangga, Tom yum gung, laksa Thai dan banyak lagi disediakan di sini.

Berminat untuk berkunjung ke sini? Lokasi restoran ini terletak di Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi adalah pada setiap hari, jam 3.00 petang sehingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 010-4409898.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/siamrestorankelantana/?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kota Bharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

 

Share.

Leave A Reply