13 Tempat Makan Best Seafood Di Pontian, Johor | Pontian merupakan sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ia terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Selat Melaka. Pontian dikenali dengan kawasan pesisirnya, kampung nelayan, dan aktiviti pertanian. Kawasan ini terkenal dengan hidangan makanan lautnya, dan pengunjung sering datang untuk menikmati hidangan makanan laut segar di restoran-restoran tempatan.

Jadi, kalau anda masih ragu ragu untuk berkunjung ke Pontian, di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best seafood di Pontian, Johor.

 

1. SHELLICIOUS MEDAN IKAN BAKAR PONTIAN – SEAFOOD

Aroma seafood bakar-bakar di kedai ini pasti buat anda kecur tau. Pelbagai pilihan ikan, kerang, sotong, kupang yg boleh di bakar ada disini tinggal anda nak pilih je. Selain seafood bakar-bakar mereka ada juga set shellout, set family ikan siakap, sup dan tomyam serta pelbagai menu masakan panas dan goreng.

Pelbagai menu single atau family ada mengikut bajet dan selera anda. Lagi best ruang makan mereka juga luas untuk orang ramai. 

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Lot 6405 Jalan Alsagoff Pontian Besar, Pontian, Malaysia. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, Selasa dan Rabu pada pukul 6.45 petang sehingga 11.45 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel  014-661 8963 atau boleh terus email ke [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063580811077

 

2. DAPUR SEAFOOD LEZA – SEAFOOD

Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk berasakan makanan laut dan darat. Menu istimewa dan popular di sini ialah shellout seafood.

Marilah merasai kelazatan makanan laut segar dan hidangan tradisional yang memukau selera.

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di T/L 29, Kampung Seri Bunian, 82000 Pontian District, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 4 petang sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 019-787 4772.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dapurleza?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/routej169dapurseafood/?hl=en

 

3. KEDAI MAKAN TOP POP – SEAFOOD

Teringin nak makan ikan bakar di Pontian? Anda boleh cuba makan di Kedai Makan Top Pop ini. Kedai ini kebanyakannya pelanggan memuji masakan dan layanan mereka. Menunya termasuk ikan bakar, talapia goreng, nasi putih ikan keli goreng, aneka nasi dengan lauk pauk, dan banyak lagi. Harganya juga berpatutan dan berbaloi.

Tunggu apa lagi? Mari rasakan sensasi makan di kedai ikan bakar terpopuler di Pontian. Siapkan selera anda untuk petualangan kuliner yang tak terlupakan.

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Medan selera tepi pantai pontian johor Township, 82000, Johor. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 5 petang sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 012-785 4243.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TOPPOPOLUR/?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Pontian ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply