13 Tempat Makan Best Western Di Alor Setar Kedah | Khalifah Media Networks – Kalau bertandang ke Alor Setar, Kedah tetapi tidak mencuba makanan orang Kedah ibarat tidak lengkap. Tetapi dimana nak pergi? Ramai orang cakap kedai makan inilah yang sedap, kedai itulah yang sedap sampai pening jadinya. ‘Tang’ mana kedai yang BEST?

Tak usah pening-pening, kita terjah sahaja 13 tempat makan best Western di Alor Setar, Kedah yang ramai review cakap puas hati dan sedap. Baru rasa macam ‘SUSPEN’ sikit nak pergi makan, sedap setara mana kedai-kedai makan ini sampai ramai yang puji! Ayuh kita cuci mata dengan 13 tempat makan best di Alor Setar ni.

1. BITE CAFE

Cafe yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar dan dikelilingi oleh tarikan pelancongan seperti Balai Seni, Balai Nobat, Istana Kuning dan Masjid Zahir.

Menu makanan di sini lebih kepada western style dan santai. Dan yang menjadi pilihan para pengunjung di sini ialah menu meatball.Meatball banyak jenis masakan dia dan kalau swedish meatball ini memang tak dinafikan memang salah satu jenis hidangan meatball yang paling popular di mana-mana kedai makan.

Selain itu, banyak lagi menu ala western yang ada di sini seperti pasta, daging/ayam grilled, chicken cordon bleu, chicken chop dan menu-menu western lain yang selalu kita tengok di kedai western lain.

Bagi mereka yang nak makan kek, di sini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kek yang sedap seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, Butterscotch + caramelized nuts cake dan chocolate cake. Kalau tengok keadaan kedai dan ruangan makan pun sangat cantik dan berseni. Kalau datang makan berdua dengan insan tersayang, memang sesuai dan romantik sangat.

Di aras atas kedai ini ada tempat nama “Bazaru” yang mana merupakan ruangan menjual baju t-shirt brand tempatan. Ada juga port baik punya untuk tangkap gambar serta prop-prop yang menarik sebagai penambah seri gambar anda (contohnya motor vespa).

Kalau makan di ruang belakang kedai ini memang menarik sebab view dia mengadap Masjid Zahir yang sangat cantik. ( Masjid 10 tercantik di Dunia) Bukan setakat JJCM TV3 sahaja yang telah membuat liputan di sini, News Strait Times juga pernah memasukkan Bite Cafe ke dalam surat khabar sebagai salah satu tempat makan best di Alor Setar. Alamat Penuh Bite Cafe Alor Setar: Bite Cafe, 139, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Kedah. Sebarang pertanyaan TEL: 0125001714. Waktu operasi pula dari pukul 6.00 pm – 12.00 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bitecafe

2. BIG GALLEY’S CAFE

Jika anda mencari kelainan, Big Galley’s Cafe antara tempat makanan western yang patut anda kunjungi dan rasai sendiri pelbagai sajian makanan. Ruang cafe yang moden dan gaya kreatif pasti memberi ketenangan semasa menjamu selera. Cafe ini bukan saja sesuai untuk seisi keluarga namun ia juga tempat santai untuk bertemu dengan rakan-rakan sambil borak sambil nikmati makanan.

Antara masakan western popular disini adalah Momotaro Chicken, Chicken Chop dan Lamp Chop. Ada juga masakan western lain yang anda boleh cuba rasa. Ramai kata memang padu!! Kena dengan dua ketul ayam crispy yang syahdu ditambah pulak dengan CHEESE leleh baik punya. Selit kat tengah-tengah sos MOMOTARO yang pedas-pedas manja. Memang ‘stay’ kat sini la. Jom tengok gambar-gambar masakan barat yang disediakan di Big Galley’s Cafe.

Bukan cuma itu saja! Ada pelbagai MENU yang lain-lain pun semua boleh buat anda tersandar kekenyangan tau! Apa lagi jom pakat set masa datang ke Big Galley’s Cafe. Waktu operasi setiap hari buka dari pukul 5.00 pm – 12.30 am. Boleh call : +60 16 619 9173. Sebelum terlupa ni alamatnya : No. 7, Kompleks Perniagaan LITC, Long Island Trade Center, 05150, Alor Setar, Kedah (Berhadapan SMK Tunku Abdul Rahman STAR)(Laluan sama ke Maybank Jalan Putra). Dengar kata mereka juga ada buat ‘contest’ untuk pemenang bertuah!

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/biggalleyscafe/

3. KAMY LECIOUS

Ini satu lagi tempat makanan western yang top di Alor Setar. Disini pelbagai juadah makanan ala barat yang disediakan. Kalau dah bosan dengan makan di western food cafe lain, apa salahnya kalau anda mencuba masakan disini pula. Harganya sangat berpatutan dan yang penting sedap.

Ramai yang cakap Nasi Butter Chicken Popcorn/Beef/Lamb ni memang sedap, resepi nasi turun temurun katanya. Tunggu apa lagi, jom serbu dan rasai sendiri keenakannya. Ini antara gambar-gambar menu masakan western yang disediakan.

Selain itu ada juga Menu utama yang lain seperti Chicken Wrap, Beef Wrap, Butter Rice Chicken Popcorn, Butter Rice Lamb, Butter Rice Beef, Macaroni Cheese. Baca menu saja pun dah terliur kan?

Restoran ini sangat santai untuk seisi kelurga dan ianya terletak di Setia Foodcourt @Satay Setia, Mergong Alor Setar (Jalan Alor Setar – Kangar). Manakala waktu operasi bermula pukul  5.30 petang hingga 11.30 malam. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 017-507 9499. Jom ramai-ramai kita terjah makan sampai puas.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kamylecious2016

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Alor Setar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom SHARE pada kawan-kawan yang kaki western food.

 

Nak tahu Tempat Makan best? Jom singgah sini TEMPAT MAKAN BEST

Share.

4 Comments

  1. Terima kasih untuk senarai tempat makan terbaik di Alor Setar! Nampaknya banyak pilihan menarik untuk dicuba. Saya sudah mencatat beberapa lokasi yang ingin saya lawati. Jika ada yang pernah pergi ke lokasi-lokasi tersebut, bagaimana pengalaman makanan di sana?

  2. Terima kasih untuk senarai tempat makan best di Alor Setar! Saya baru je bercuti ke sana dan akan cuba beberapa kedai yang disebutkan. Suka dengan pilihan makanan tempatan yang ada, semoga dapat mencuba semua sebelum balik!

  3. Terima kasih untuk senarai tempat makan terbaik di Alor Setar! Saya sangat teruja untuk mencuba beberapa restoran yang disebutkan. Terutama sekali untuk mencuba makanan tempatan yang lazat. Jika ada cadangan lain, sila kongsikan!

  4. Terima kasih untuk senarai tempat makan best di Alor Setar! Saya tidak sabar untuk mencuba semua restoran yang dicadangkan. Nampak menarik dan pasti memuaskan selera!

Leave A Reply