13 Tempat Makan Best Western Di Batu Gajah, Perak | Khalifah Media Networks – Pernah tak anda mengalami situasi bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Batu Gajah, Perak. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 13 tempat makan best di Batu Gajah ni.

1. REST CAFE

Restoran RestCafe, Our 2nd Home ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Batu Gajah, Perak. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu menarik lain yang anda boleh pilih. Menyediakan suasana yang selesa untuk Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam, Minum Pagi dan Minum Petang. Pelbagai pilihan menu – Masakan Melayu, Cina, Barat dan lain-lain. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran RestCafe, Our 2nd Home ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No. 46, Jalan Bandar Baharu 2, Pusat Bandar Baru, 31000 Batu Gajah, Perak. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 012-583 6289. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 8:30 pagi – 12.30 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/2ndhomerestcafe/

2. GAZEBO ABG NASH

Ni satu lagi kedai western yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap. Sambil makan boleh layan busking, pasti gempak punya.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai adalah chicken chop dan lamb chop. Ada juga menu capati untuk peminat capati. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Gazebo Abg Nash ni kan.

Kedai Gazebo Abg Nash ni terletak di alamat : Kampung Seri Rahmat, Jalan Lahat, Kampong Batu Gajah, Perak. Kalau tak jumpa atau nak buat tempahan boleh telefon012 2042500 / 017 5010904. Waktu Operasi bermula pada pukul 8.00 am – 1.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GaZeBoAbgNash/

3. PIZZA BONDA

Kedai pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu mereka. Siap ada delivery untuk kawasan sekitar tau. Kalau anda sibuk elok lah gunakan khidmat delivery je kan. Ada menu pizza yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai ini terletak di lokasi perniagaan:No 1, Dataran Orkid (Berhadapan Pasaraya TF Batu Gajah) 31000 Batu Gajah, Perak. Beroperasi bermula jam 5:30 PM – 11:00 PM. Jika nak buat tempahan untuk delivery atau sebarang pertanyaan boleh call no. 019-405 7601.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pizzabondabatugajah/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Batu Gajah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

Share.

Leave A Reply