13 Tempat Makan Best Western Di Bayan Lepas, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Tidak lupa juga ikan bakar Penang, maklumlah Pulau Pinang dekat dengan dengan laut.

Namun jika anda mencari kelainan mahu makan masakan ala barat, tercari-cari tempat makan best western di Penang? Tetapi tidak pasti yang mana? Disini kami akan kongsikan 13 tempat makan best menarik di Bayan Lepas, Pulau Pinang patut anda pergi.

1. RESTO PAGAR BULUH

Sesuai dengan namanya Resto Pagar Buluh, Kedai ini sangat unik bukan saja dari makanannya tetapi seni binaannya yang menggunakan buluh, nipah dan mengkuang seakan-akan berada di zaman dulu-dulu. Hiasan restoran ini rekaannya ala tradisional dan kreatif. Uniknya restoran ini satu-satunya restoran berkonsepkan meja makan terapung di atas kolam ikan di Malaysia. Kali pertama ke sini akan membuatkan anda teruja, tu belum mencuba makanan di sini lagi.

Resto Pagar Buluh ini bukan saja menyediakan makanan Western Cuisine semata-mata namun ada pelbagai menu masakan menarik yang lain seperti aneka mee udang/ketam, kambing golek dan lain-lain. Ramai cakap puas hati dengan hidangan makanan disini. Jom tengok beberapa gambar menu menarik di resto Pagar Buluh ni.

Tengok pun dah mengiurkan, kalau anda nak pergi ke kedai ini, boleh ikut alamat ini : 240, Jalan Dato haji hashim, Kampung Pagar Buluh, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Atau boleh call 016-2962276 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Resto Pagah Buluh mula beroperasi pada pukul 5:30 PM – 12:30 AM. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Jadi bolehlah anda rancang perjalanan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/restopagarbuluh/

2. GELAIHH CAFE

Bagi yang sudah mencuba di Resto Pagar Buluh, apa kata anda cuba masakan di Gelaihh Cafe ini pula. Restoran ini cukup dikenali dengan masakan western yang sedap. Pelbagai menu baru yang boleh anda cuba. Ruang restoran yang luas dan selesa untuk kunjungan keluarga menjamu selera.

Masakan western yang popular disini antaranya grilled lamb, chicken chop dan banyak lagi. Harganya pula sesuai dengan makanan western seperti tempat lain. Apa yang penting ianya sedap dan puas hati. Mari lihat beberapa gambar menu di sini.

Menarik bukan? apa lagi anda boleh lah terjah restoran ini dan rasai sajian resepi mereka sendiri. Sebelum terlupa ini alamat restoran ini kalau anda bercadang untuk berkunjung : 10, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru 11900 Bayan Lepas, Penang (dekat dengan tokong ular atau sebelah sany char kuey teow). Kalau takut sesat boleh call 0174924243, nanti staff mereka akan bantu anda.

Restoran ini beroperasi pada pukul 6:30 PM – 12:00 AM dibuka setiap hari kecuali hari Isnin cuti. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda datang kesini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/gelaihh/

3. AYU JAZZ WESTERN CUISINE

Ni satu lagi kedai makanan wester yang best. Zn Western yang hangat di perkatakan ini memang ramai review cakap masakan mereka memang padu. Ada bermacam menu western menarik yang pasti membuka selera makan anda. Harganya sangat berbaloi dengan saiz hidangan. Pasti puas untuk anda menjamu selera hingga tersandar kekenyangan.Jom tengok beberapa gambar menu menarik mereka sajikan.

Restoran ini terletak di alamat bersebelahan cth mini market teluk kumbar, 11920, Pulau Pinang. Boleh call 017-505 6408 untuk sebarang tempahan. Waktu beroperasi 6ptg-2pagi. Tunggu apa lagi jom kita pakat mai rasa.

FACEBOOK PAGE  : https://www.facebook.com/znwesternfood/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bayan Lepas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas habis baca ya.Dah habis baca, sila kongsikan artikel ini untuk rakan-rakan anda juga ye.

Share.

Leave A Reply