13 Tempat Makan Best Western Di Gelang Patah, Johor | Khalifah Media Networks – Mari ubah angin merasa makanan di tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.
Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Gelang Patah, Johor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Gelang Patah ni.
1. PLANETZBURGER
Anda dah pernah rasa masakan di restoran PlanetzBurger ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.
Restoran PlanetzBurger ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.
Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran PlanetzBurger ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : No. 18 Jalan Sentral 28,Taman Nusa Sentral,79100,Iskandar Puteri, Johor atau nak mudah boleh buat carian di google maps – PlanetzBurger. Boleh hubungi 011-2580 0768 untuk pertanyaan. Waktu beroperasi pada jam 5.00pm – 1.00am. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Planetzburger-1590713401182207/
2. EVOLUSI 3 BERADIK
Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Evolusi 3 Beradik ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?
Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Evolusi 3 Beradik ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Evolusi 3 Beradik ni.
Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Evolusi 3 Beradik ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No.3 jalan tanjung kupang, kg pok kecil, 81550 Gelang Patah, Johor, atau boleh guna waze taip jer nama kedai makan rahsia 3 beradik nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 018-787 6523. Mula beroperasi pada pukul 6.30 pm – 11.00 pm, Cuti setiap Sabtu. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Evolusi-3-Beradik-2039235899732670/
3. DC CAFE
Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Gelang Patah. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di DC Cafe. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke DC Cafe ni.
Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No.18, Jalan Nusaria 1 J/2, 79200 Gelang Patah, Johor, Atau boleh juga hubungi nombor 014-559 4147 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Beroperasi pada pukul 11.00pm – 10.00pm. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dreamcatchercafegelangpatah/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Gelang Patah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.