13 Tempat Makan Best Western Di Georgetown, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang dikatakan syurga makanan. Makanan di sini lebih kepada masakan ala-ala rempah. Seperti nasi kandar, mee goreng dan banyak lagi. Namun jika anda seorang penggemar makan barat, usah khawatir untuk mencari kedai yang menyediakan western yang best.
Kali ini kami kongsikan 13 tempat makan menarik di Georgetown, Pulau Pinang yang wajib anda pergi apabila ke sini. Jom semak adakah anda sudah pergi ke belum. Ini 13 tempat makan best western di Georgetown ni.
1. THE GUNNERS BURGER
Restoran ini agak terkenal dengan hidangan western yang menarik dan sedap. Ditambah pula dengan hiasan hidangan yang menarik membuatkan kita rasa tak sabar nak jamah. Salah satu tarikan di restoran ini adalah minuman yang dipanggil ‘tower drinks’ boleh minum 3 hingga 5 orang. Macam mana tower drinks tu? anda kena datang dan rasai sendiri. Memang lain dari yang lain lah. Ruang kedai yang selesa dengan hiasan yang krestif dan kemas sesuai untuk seisi keluarga.
Kalau anda peminat burger, disini ada macam-macam burger yang anda mesti terpana melihatnya. Banyak lagi menu-menu istimewa yang boleh anda nikmati di sini. Ramai cakap nampak simple tapi sempoi. Harganya pula ok lah dengan hidangan. Ni ada beberapa gambar hidangan menarik di restotan The Gunners Burger.
Bagaimana pandangan anda? Tengok pun mengiurkan dah, Mesti tak sabar nak pergi kan? ok bagi yang berhajat nak singgah ini alamatnya : No 4, Jalan Utama, 10640 George Town, Pulau Pinang (hadapan pintu pelawat penjara Pulau Pinang) atau boleh guna app Waze : The Gunners Burger. Jika tak jumpa boleh call 017-558 2555 atau untuk sebarang tempahan juga. Mula beroperasi pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi, dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Nak tengok menu menarik lain boleh ke facebook page The Gunners Burger atau klik link dibawah.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/The-Gunners-Burger-962049973820336/
2. THE TABLE PENANG
Ni satu lagi cafe yang memang gempak. Restoran The Table.co ni memang terkenal dengan coffee dan minuman hipster. Bukan tu saja, restoran ini juga memang dihias kreatif minimalis yang anda terasa selesa semasa menjamah makanan.
Selain masakan western, disini turut menyediakan beraneka kek, sesuai untuk membuat majlis hari lair atau sebagainya. Banyak lagi menu istimewa yang disediakan jadi anda pilih mengikut selera anda, kalau selera besar boleh ja untuk mencuba beberapa masakan betul tak? Ok ayuh lihat beberapa gambar hidangan yang terdapat disini sebagai preview untuk anda, mana tahu tiba-tiba berhajat nak kesini kan.
Restoran The Table Penang ni terletak di alamat : No 27, Carnarvon Street, 10100 Georgetown, Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan boleh telefon 012-385 3892. Waktu beroperasi pula pada jam 6.00 petang hingga pukul 11.30 malam, dibuka setiap hari kecuali hari khamis cuti. Boleh lawati facebook page mereka untuk lihat hidangan menarik yang lain. Klik link di bawah.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thetablepenang/
3. JS 17 CUISINE
Bagi yang mencari atau mahu mencuba western food berdekatan kompleks MBPP Lebuh Pantai, anda boleh ke restoran JS 17 Cuisine ini. Ada bermacam menu menarik yang menyelerakan untuk anda jamah. Kedai ini terletak di dalam Kompleks MBPP ja. Kalauanda tengah membeli belah disitu boleh lah terjah kedai ini untuk rasai masakan mereka.
Antara hidangan menarik yang popular disini adalah burger chicken chop cheese yang memang merecikk habis. Pastu Chicken grill mereka juga turut mendapat sambutan dari para pelanggan. Ramai cakap sedap dan puas hati dengan makanan yang dihidangankan. Harganya berpatutan janji sedap dan best kan. Boleh tengok antara gambar menu menarik yang terdapat di JS 17 Cuisine ini.
Tengok pun dah mengiurkan, jadi apa ditunggu lagi, jom datang beramai-ramai untuk mencuba resepi masakan disini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No.61 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10200 Georgetown, Pulau Pinang. waktu kedai buka pada jam 11.00 a.m tutup pada jam 11.00 p.m setiap hari dibuka kecuali hari ahad sahaja cuti. Untuk sebarang pertanyaan boleh telefon nombor berikut : 017-537 7747. Khidmat delivery juga mereka sediakan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/js17cuisin/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Georgetown ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Korang yang dah habis baca tu, mohon kongsikan pada rakan-rakan yang lain sama k!