13 Tempat Makan Best Western Di Jerteh, Terengganu | Khalifah Media Networks – Anda merancang untuk ke negeri Terengganu, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Terengganu ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.
Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Jerteh, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Jerteh.
1. MY BARISTA CAFE
Rasanya jika kita tanya orang Jerteh, rata-rata sudah mengenali Restoran My Barista Cafe. Kedai hipster ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.
Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran My Barista Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.
Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? My Barista Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Terletak Sebelah Hospital Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu. Kalau sesat boleh call 011-3522 0224. Restoran My Barista Cafe ini mula beroperasi seawal pukul 12.00 PM dan tutup pukul 12.00 PM.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/My-Barista-Cafe-227856734431083/
2. ANAK BESUT CONTAINER
Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Anak Besut Container adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik daripada ayam dan kambing yang diperap istimewa. Antara menu hebat yang sedap seperti Chicken Chop double.
Anak Besut Container bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.
Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Anak Besut Container ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : 84, Jalan Gong Kemuntong, 22000 Jerteh, Terengganu. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 6:00 PM – 11:30 PM. Boleh juga telefon 011-3306 7483 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/anakbesutcontainer/
3. GRANNYS WESTERN
Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Jerteh. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Grannys Western ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.
Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.
Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: No. 96, Jalan Sebarang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-9833317. Waktu operasi bermula pukul 5.00 pm hingga 11.00 pm setiap hari kecuali hari selasa cuti. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GrannysRestaurant1/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Jerteh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.