13 Tempat Makan Best Western Di Kepala Batas, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Pulau Pinang, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?
Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Kepala Batas ni.
1. D’ Madinah Corner
Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah ada di beberapa tempat dah. Ini merupakan cawangan mereka di Kepala Batas. Terletak di Kawasan Perniagaan Taman Seri Serdang. Ini dia D’ Madinah Corner atau DMC yang tetiba meletop di Kepala Batas. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Meja disediakan di dalam dan di luar kedai. Disini boleh kata semuanya masakan barat.
Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Ada juga set kombo, set ini lebih besar yang mempunyai beberapa makanan. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu tanpa perlu order satu persatu disediakan pekej yang lebih besar dinamakan set keluarga, set kasih sayang, set bulan madu. Semua ini di letakkan dalam talam dan berbaloi set ini sebab dapat merasai berbagai menu dalam satu hidangan. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.
Keseluruhan set ini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran D’ Madinah Corner Kepala Batas ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : D’Madinah Corner (DMC) No 12A, Pusat Perniagaan Serdang, Taman Seri Serdang, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 011-32327304/ 011-39485782/ 012-4871836.Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam. Tutup hari Ahad. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.
FACEBOOK PAGE :https://www.facebook.com/DMC.kepala.batas/
2. KHING WESTERN FOOD
Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana ala hipster bolehlah berkunjung jamu selera di Restoran Khing Western Food. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera.
Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Khing western ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Khing Western Food.
Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Restoran Khing Western Food ini di mana. Ini alamatnya : No 3B, Arked Niaga Perda, Simpang Empat, Permatang Buloh, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 012-4795970. Mula beroperasi pada jam 6.00 petang hingga jam 12.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin cuti.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/KHINGWesternFOOD/
3. KAFE KK92
Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Kepala Batas. Dah bosan dengan chicken chop biasa, apa kata datang try chicken chop cheese leleh di restoran Kafe KK92 pula.
Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga seperti Lamb Grill with Pesto Sauce paling the best. Ada bermacam juadah western mereka boleh sediakan, yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Kafe KK92 ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.
Ramai warga Kepala Batas yang memberi review bahawa Kafe KK92 ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : no 43 jalan dagangan 3, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang ( Kafe ni depan kiosk bertam, Sebelah pusat dialisis dr haniza). Kalau sesat boleh call 017-485 6809. Dibuka bermula pukul 6.00 pm – 11.00 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.
FACEBOOK PAGE :https://www.facebook.com/kafekk92/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kepala Batas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!
1 Comment
kk92? dh p.. serius xmenarik