13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Besut, Terengganu | Khalifah Media Networks – Sesekali nak juga ubah angin cari ‘port’ makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.
Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Besut, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Besut ni.
1. QASEH SIGNATURE’S CAFE
Anda dah pernah rasa masakan di restoran Qaseh Signature’s Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.
Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.
Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Qaseh Signature’s Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah nak mudah boleh buat carian di google maps – Qaseh Signature’s Cafe. Boleh hubungi 019-308 0889 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari dari jam 1.00 petang sehingga 1.00 pagi. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/qshsignature/
2. THE BAUNG RESTAURANT
Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di The Baung Restaurant ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?
Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja The Baung Restaurant ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di The Baung Restaurant ni.
Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di The Baung Restaurant ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Lot 60812 Tingkat Bawah (D) Wisma Suria Dato Zainal, Kampung Raja, 22000 Terengganu (Kampung Gong Kepas, Depan Supermas) atau boleh guna waze taip jer nama The Baung Restaurant nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 017-204 9097. Mula beroperasi seawal pukul 9.30 am – 1.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheBaung/
3. 3R SMOKY HOOKAH
Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kuala Besut. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di 3R Smoky Hookah. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke 3R Smoky Hookah ni.
Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Rumah Kedai deretan Lembaga Hasil Kuala Besut, (3R CAFE) Kuala Besut, Terengganu. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Beroperasi bermula jam 07:00am-04:00pm (Nasi Ala Kak Wood) dan 04:00pm-02:00am (Nasi Lemak Cinta 3R, Shiha, western, Aneka Air anak truna). Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/3R-SMOKY-Hookah-1430903910290811/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Besut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.