Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Kedah | Khalifah Media Networks – Sudah boring makan tempat yang sama saja setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.

 

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Kedah, Kedah. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Kedah ni.

1. LABO LABO

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Labo Labo ni belum? Jika belum, boleh rancang bersama keluarga untuk merasai masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan Steamboat dan BBQ. Terdapat pelbagai seafood disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sama ada mahu steamboat atau western. Harganya pula berpatutan dengan makanan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Labo Labo ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Lot 2569 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah. (Landmark: Simpang Kuala Kedah, sebelah Masjid Aman) atau boleh cari melalui GPS: 6.0980930,100.3536700 atau google maps – Labo Labo Alor Setar. Sebarang pertanya atau nak booking boleh call 010-205 5354. Waktu mereka beroperasi pula bermula pukul 6 Petang – 12 Malam dan dibuka setiap hari kecuali hari rabu cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/labolabosteamboatbbq/

2. KELASI CAFE

Bagi yang nak merasai jadi ala-ala kelasi kapal, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Kelasi Cafe ini. Ramai review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Di sini mereka juga menyajikan masakan tempatan atau seafood selain masakan western. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Kelasi cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, masakan arab juga ada seperti Nasi Kabsah, aneka makanan berkuah dan goreng. Amy Search dan Lan Pet Pet pun penah mai makan kat sini tau. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Kelasi Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Kelasi cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Batu 6 Jalan Kuala Kedah (berdepan taman layar) atau boleh guna waze taip jer nama Kelasi Cafe nanti ada la tu. Kalau takut sesat atau ada sebarang pertanyaan nak order boleh terus telefon 01126555976/01114493733.

Restoran Kelasi Cafe ni buka dari pukul 5.30 petang dan tutup pada 12.30 pagi. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kelasicafe/

3. BLACK SEVEN WESTERN FOOD

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Kuala Kedah. Jika dah boring dengan kedai lain, apa kata boleh lah cuba pula dengan Black Seven Western Food. Yang menariknya, kedai ini dibuka seawal pagi, jadi kalau anda nak sarapan ala barat boleh la ke sini. Uniknya sajian Burger yang terdapat bermacam tema mengikut selera anda mahukan. Jenis burger disini bertemakan pasukan bola dalam dan luar negara..Menarik kan?

Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Black Seven ni.

Waktu beroperasi pada pukul 8:00 AM – 12:30 PM dan 6:00 PM – 12:00 AM. Boleh telefon 0124918261 untuk sebarang pertanyaan. Sebelum terlupa, ini alamatnya : Lot 2888 Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BLACK-SEVEN-Western-Food-912773595540864/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Kedah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jangan lupa kongsikan pada yang lain ye.

Share.

Leave A Reply