13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Lumpur | Khalifah Media Networks – Ramai tak tahu ada kat mana ‘port’ makan best dan sedap kat area Kuala Lumpur ni, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Lumpur. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Lumpur ni.

1. TREE STEAK HOUSE

Anda dah pernah rasa masakan di Tree Steak House ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga popular dengan banyak menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Tree Steak House ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: Dari jalan jelatek masuk ke jalan dato keramat, dah nampak signboard kedai, shop lot sebelah kanan 100m sebelum lrt station. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Tree Steak House Dato Keramat. Boleh hubungi 019-644 2263 @ 018-202 2035 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 4.00 pm sehingga 12.00 am. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/treesteakhousedatokeramat/

2. ME’NATE SETAPAK

Siapa sangka kat Kuala Lumpur ada makanan western sedap hanya di Me’nate Setapak. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Me’nate Setapak ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Me’nate Setapak ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Me’nate Setapak ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Me’nate Setapak ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Starparc Point, 53300 Kuala Lumpur, atau boleh guna waze taip jer nama Waze: Me’nate Setapak nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 019-391 1047. Mula beroperasi seawal pukul 3.00 pm – 12.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/menatesetapak/

3. MELUR & THYME

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kuala Lumpur. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di restoran Melur & Thyme. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah. Yang mana tak makan western, sini ada menu goreng dan berkuah juga. Antara top menu: Lamb Chop, Meatball, Chicken Chop dan banyak lagi.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran Melur & Thyme ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Lot GOH-I, Kuala Lumpur City Centre, 50088, Kuala Lumpur. Boleh hubungi 03-2181 8001 untuk pertanyaan atau tempahan. Beroperasi bermula jam 8:00am – 12:00am. Rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke Melur & Thyme ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/MelurandThyme/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Lumpur ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply