13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Terengganu, Terengganu | Khalifah Media Networks – Mesti kita sesekali nak juga ubah angin nak makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Terengganu, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Terengganu ni.

1. OLIVA CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Oliva Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Oliva Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : 1102-D Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Oliva Cafe. Boleh hubungi 09-628 4888 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/olivacafetrg/

2. AR-RIZQ KITCHEN

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Ar-Rizq Kitchen ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Ar-Rizq Kitchen ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Ar-Rizq Kitchen ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Ar-Rizq Kitchen ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : GM 2599, No.Lot 2950 Mukim Kubang Parit, Kg.Wakaf Beruas,Jalan Kuala Berang,20050 K.Trg.(sebelah warung katana) atau boleh guna waze taip jer nama Ar-Rizq Kitchen nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 014-515 2932 ( caw.wakaf beruas ) @ 017-9147 479 ( caw.durian burung ). Mula beroperasi pada pukul 5.30 pm – 1.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Ar-Rizq-Kitchen-Wakaf-Beruas-1719173721740952/

3. CAFFE 5

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kuala Terengganu. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Caffe 5. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Caffe 5 ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Lot 134N, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu. Atau boleh juga hubungi nombor 019-958 7972 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Dibuka pada jam 2.00 pm – 12.00 pm setiap hari beroperasi kecuali hari khamis tutup. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/caffe5kt/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Terengganu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply