13 Tempat Makan Best Western Di Muar, Johor | Khalifah Media Networks – Adakah anda sentiasa berkunjung ke Johor, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Johor ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Muar, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Muar ni.

1. VILLAGE GRILL

Rasanya jika kita tanya orang Muar, rata-rata sudah mengenali restoran Village Grill. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Village Grill dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Village Grill menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : NO 185-10, Jalan Salleh, Bandar Maharani, 84000 Muar, Johor. Kalau sesat boleh call 017-789 2043. Restoran Village Grill ini mula beroperasi setiap pukul 12.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Village-Grill-Muar-1100341703322760/

2. THE LIGHT WORLD CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, The Light World Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

The Light World Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran The Light World Cafe ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran The Light World Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No23 Taman Tun Sulaiman Ninam Syah, 84000 Muar, Johor. Boleh juga telefon 016-977 7444 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Masa operasi 6.00 Pm – 12.00 Am. Dibuka setiap hari kecuali hari ahad tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheLightWorldCafe/

3. 14TH BISTRO

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Muar. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di 14th Bistro ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di 14th Bistro. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: PTD 123777 Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Johor. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – 14th Bistro. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-335 1987. Beroperasi setiap hari kecuali hari rabu cuti bermula pukul 6.00pm – 12.30am Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran 14th Bistro ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/14thKitchen/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Muar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Share.

Leave A Reply