13 Tempat Makan Best Western Di Tangkak, Johor | Khalifah Media Networks – Perut dah mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Tangkak, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Tangkak ni.

1. THE GERABAK’S

Kalau tanya orang sekitar, Restoran The Gerabak’s di Tangkak ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran The Gerabak’s ni.

Restoran The Gerabak’s ni terletak di alamat : No 46 Jalan Paya Mas Tangkak, Johor (Berhadapan Balai Polis & Sebelah Butik Qaseh Zara). Restoran The Gerabak’s ni dibuka pada pukul 11.00 am hingga 11.00 pm. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Boleh hubungi 011-2369 9399 untuk pertanyaan atau tempahan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheGerabaks/

2. PIRATE CORNER

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Pirate Corner Tangkak Route 23. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Pirate Corner bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Pirate Corner ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Terkenal juga dengan sup seringgit. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Pirate Corner.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Pirate Corner ni : No. 11, Tkt. 1, Jln. Anjung Emas, Pusat Perniagaan Anjung Emas, 84900 Tangkak, Johor. Boleh juga hubungi nombor 011-1523 1138 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Beroperasi bermula 12.00pm – 12.00am Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/piratecorner.tangkak/

3. CAFE’ ISAC

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Tangkak. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Cafe’ Isac. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Cafe’ Isac.

Ramai warga Tangkak yang memberi review bahawa Cafe’ Isac ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 280 , Jalan Muar, 84900 Tangkak, Johor. Boleh call 010-406 7576 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 6.00am hingga 7.00pm. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Tangkak. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Cafe’ Isac ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cafeisac/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Tangkak ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

1 Comment

Leave A Reply