13 Tempat Makan Best Western Di Pasir Mas, Kelantan | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri Kelantan, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Kelantan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Pasir Mas, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Pasir Mas.

1. RESTORAN ALISYA

Rasanya jika kita tanya orang Pasir Mas, rata-rata sudah mengenali Restoran Alisya Tom Yam Salor. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Alisya Tom Yam Salor dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Alisya Tom Yam Salor menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Kg.Seberang Pasir Mas Salor, 15100 Pasir Mas, Kelantan. Kalau sesat boleh call 014-8499095@017-91577730. Restoran Alisya Tom Yam Salor ini mula beroperasi seawal pukul 4.00 PM dan tutup pukul 2.00 AM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AlisyaTomyamSalor64/

2. FOOD HOUSE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain seperti steamboat & Grill, Food House adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik daripada ayam dan kambing yang diperap istimewa. Antara menu hebat yang sedap seperti Chicken Chop dan aneka Steamboat serta grill.

Food House bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Food House ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : berdekatan Petron Lemal, Pasir Mas, Kelantan. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 3:00 PM – 11:00 AM. Boleh juga telefon 0176032885 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/foodhousepasirmas/

3. AL-FAROQH WESTERN FOOD

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Pasir Mas. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Al-Faroqh Western ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Kedai Makan Ibrahim, 17000 Pasir Mas, Kelantan (Bersebelahan Dusun Green). Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0137777823 @ 0137777923. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Al-Faroqh-Western-FOOD-KELANTAN-451649975001838/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Pasir Mas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply