13 Tempat Makan Best Western Di Pendang Kedah | Khalifah Media Networks – Memang kebiasaan kita bila ke sesuatu destinasi yang jarang kita pergi, tiba-tiba perut mula lapar, pasti tertanya dimana ‘port’ makan yang best kat sini kan?
Kali ini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Pendang, Kedah. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencubakan? Jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Pendang ni.
1. JODEKO WESTERN FOOD
Restoran Jodeko Western Food ni bukan sesuatu yang asing lagi bagi orang Pendang. Tempat ini popular dengan menu masakan Western yang sangat mengiurkan. Jika datang dengan seisi keluarga, jangan risau ruang kedai yang selesa dan kemas.
Pelbagai hidangan ada disediakan disini. Harganya pula ok sesuai hidangan. Yang penting sedap dan puas hati. Disini kami sertakan beberapa gambar menu hidangan, anda boleh cuci mata dulu.
Untuk pengetahuan anda, Restoran Jodeko ini terletak berhadapan Simpang Masuk Ke Pejabat Tanah, Pendang, Kedah. Mula beroperasi pada pukul 6.30 pm – 12 am. Apa lagi jom pakat pi rasa.
2. PADDOCK CAFE
Seterusnya pula restoran Paddock Cafe. Disini bukan saja masakan western yang popular tapi restoran ini juga menyediakan hidangan dari masakan local fusion masakan melayu, Shell Out dan sehinggalah ke signature yang mereka cipta sendiri. Menarik bukan?
Ramai setuju pekerja Paddock Cafe ni sangat ramah dan mesra buatkan pelanggan tak rasa janggal bila berada disitu. Ok jom tengok gambar-gambar antara menu disini.
Untuk ke restoran ini selepas Tol Pendang, amek kiri terus sehingga jumpa petronas di kiri amek simpang masuk ke Pendang Lake Resort, sebelum sampai Pendang Lake Resort akan jumpa Retro Cafe , berkembar dengan lapangan kuda. Pendang Equestrian Centre. Kalau sesat boleh call 012-464 6170.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pendangequestriancafe/
3. RETRO ARTSMARA CAFE
Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh lah singgah jamu selera di Retro Artsmara Cafe ni. Ruang cafe yang indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan seni lama dan moden.
Cafe ini bukan saja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, ia juga tempat sesuai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang atau melepak. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat di sini.
Restoran ini terletak di alamat no.12, Taman Kiara Mas, 06700 Pendang, Kedah. Buka dari pukul 6:30 PM – 2:00 AM. Untuk sebarang pertanyaan call 016-446 2491. Apa lagi jom kita terjah.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/retroartsmaracafe/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Pendang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Lepas baca jangan lupa kongsikan pada yang lain ye…