13 Tempat Makan Best Western Di Raub, Pahang | Khalifah Media Networks – Pernah tak anda mengalami situasi bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Raub, Pahang. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 13 tempat makan best di Raub ni.

1. DAPUR WESTERN

Restoran Dapur Western ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran Dapur Western ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No.49, Pusat Perniagaan Km 2 Jalan Lipis 27600 Raub, Pahang. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 010-919 7908. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul  5:00 PM – 11:30 PM, dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dapurwesternmadeinraub/

2. COMEY CAFE

Ni satu lagi kedai western yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai adalah chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Comey Cafe ni kan.

Kedai Comey Cafe ni terletak di alamat : PT 14573 TAMAN RAUB JAYA 3, 27600 Raub, Pahang. Kalau tak jumpa atau nak buat tempahan boleh telefon 019-944 3600. Dibuka pada pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi dan beroperasi setiap hari kecuali hari isnin cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/COMEY-CAFE-459794824151149/

3. MALAYA KOPITIAM

Kedai pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Siap ada pilihan masakan lain juga tau seperti shellout. Mereka juga ada menyediakan sarapan pagi untuk para pelanggan. Ada menu ala barat yang lain lagi anda boleh pilih seperti chicken grill dan meat ball. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Malaya Kopitiam ini terletak di lokasi perniagaan: No. 64 Jalan Tun Razak, 27600 Raub, Pahang. Beroperasi bermula jam 10.00 AM hingga 11.00 PM. Jika nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan boleh call no. 012-345 6783.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/malayaraub/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Raub ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

Share.

Leave A Reply