13 Tempat Makan Best Western Di Jerantut, Pahang | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Pahang, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Jerantut, Pahang. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Jerantut ni.

1. KOPI CHANTEK

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini memang hipster di Jerantut. Terletak di No. 3, Tingkat Bawah Hotel Firdaus Ini dia Kopi Chantek yang tetiba meletop di Jerantut. Jika anda ke sini, boleh pilih nak makan apa kerana boleh kata semuanya masakan barat yang sedap.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Ada juga set kombo, set ini lebih besar yang mempunyai beberapa makanan. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu tanpa perlu order satu persatu disediakan pekej yang lebih besar set keluarga. Semua ini di letakkan dalam talam dan berbaloi set ini sebab dapat merasai berbagai menu dalam satu hidangan. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan set ini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran … ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : No. 3, Tingkat Bawah Hotel Firdaus, Jln Kuantan, 27000 Jerantut, Pahang. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 013-256 9045. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang hingga 12.00 malam. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kopichantek/

2. DULANG STATION

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana ala hipster bolehlah berkunjung jamu selera di Restoran Dulang Station Burger Bakar & Western Food Jerantut. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Dulang Station ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Dulang Station.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Restoran Dulang Station ini di mana. Ini alamatnya : Gerai Medan Selera Inderapura ( Sebelah Kopi Puteh )
27000 Jerantut, Pahang. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 011-3136 7798. Mula beroperasi pada jam 7.00 petang hingga jam 12.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Dulang-Station-Burger-Bakar-Western-Food-Jerantut-409154985927146/

3. AUR WESTERN CUISINE

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Jerantut. Dah bosan dengan chicken chop biasa, apa kata datang try chicken chop di restoran Aur Western Cuisine pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga seperti Lamb Grill paling the best. Ada bermacam juadah western mereka boleh sediakan, yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Aur Western Cuisine ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Jerantut yang memberi review bahawa Aur Western Cuisine ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : Kiosk No.2, Depan Masjid Baru , 27000 Jerantut, Pahang. Kalau sesat boleh call 019-350 9915. Dibuka bermula pukul 4.30 pm – 12.30 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/aurwestern.cuisine/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Jerantut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Share.

Leave A Reply