13 Tempat Makan Best Western Di Temerloh, Pahang | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri Pahang, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Temerloh, Pahang ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Temerloh, Pahang. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Temerloh.

1. CLASH GIDA

Rasanya jika kita tanya orang Temerloh, rata-rata sudah mengenali Restoran Clash Gida ini. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan masakan tempatan. Kalau anda mampu habiskan masakan western disini pasti tersandar kekenyangan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Clash Gida dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Clash Gida menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Datang dan rasai kesedapan makanan disini. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Terletak Di Belakang TF, 28000 Temerloh, Pahang. Kalau sesat boleh call 0129717131 nanti staff mereka akan bantu anda.

Restoran Clash Gida ini mula beroperasi seawal pukul 6.30 petang dan tutup pukul 11.45 malam. Jadi boleh rancang bila nak pergi terutama kalau anda peminat western memang wajib cuba.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/clashgida/

2. PAYAM D’CAFE

Khas bagi penggemar western food, Payam D’Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri santai. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat , restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik daripada ayam dan kambing serta seafood dan masakan panas.

Payam D’Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai masakan seafood yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Paya luas, 28000 Temerloh, Pahang(Berdekatan pintu kuarters hoshas, sebelah lady comel). Waktu mereka beroperasi bermula pukul 3.00 PM – 12.00 AM. Dibuka setiap hari isnin hingga jumaat. Boleh juga telefon 010-657 3476 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Payam-DCafe-226848151207132/

3. SIDIN CAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Temerloh. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Sidin Cafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: No: 29-31, Tingkat 1, Jalan Dagang 2, Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-696 1764. Buka bermula pukul 5 petang hingga 11.30 malam. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/sidincafe/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Temerloh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply