13 Tempat Makan Best Western Di Tikam Batu, Kedah | Khalifah Media Networks – Memang menjadi lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, bila perut mula lapar, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Tikam Batu, Kedah. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Tikam Batu ni.

1. AMAD KITCHEN

Kalau tanya orang Sungai Petani, Restoran Amad Kitchen di Tikam Batu ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan Melayu, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Amad Kitchen ni.

Restoran Amad Kitchen ni terletak di alamat : Bersebelah Sekolah Rendah Tikam Batu, 08600 Tikam Batu, Kedah. Kalau sesat boleh terus call no ni 017-5104322. Restoran Amad Kitchen ni dibuka setiap hari kecuali hari isnin.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AMADKITCHEN/

2. STAB THE STONE

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh la singgah jamu selera di StabTheStone. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

StabTheStone bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja StabTheStone ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah Lamb Chop, Chicken Chop dan Home made Burger, daging burger buat sendiri memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di StabTheStone.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran StabTheStone ni : F106A Kampung Padang, Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah (800m dari Pekan Tikam Batu menghala Pantai Merdeka, 300m dari SK Tikam Batu). Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 012-5590852.

Restoran western ni bukak seawal 6.00 PM dan tutup pada 11 malam Dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Stabthestone/141216573393158

3. BIG TAS’TEA HQ

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Tikam Batu, Sungai Petani. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Big Tas’Tea Hq. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Big Tas’Tea Hq.

Ramai warga Tikam Batu, Sungai Petani yang memberi review bahawa Big Tas’Tea Hq ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : 331 E Kampung Baru,Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah. Boleh call 012-231 3260 untuk sebarang pertanyaan. Restoran ni buka dari pukul 1.00 petang sampai 10.00 malam dan buka setiap hari kecuali selasa cuti. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Tikam Batu, Sungai Petani. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kedaikopie/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Tikam Batu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply