13 Tempat Makan Best Western Di Seremban, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Bila perut mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Seremban, Negeri Sembilan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Seremban ni.

1. LET’S MAKAN

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Let’s Makan di Seremban ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Let’s Makan ni.

Restoran Let’s Makan ni terletak di alamat : Ge-Dabucks Food Station, Persiaran Sri Pulai 2, Taman Sri Pulai 3 ,70400 Seremban, Negeri Sembilan. Restoran Let’s Makan ni dibuka pada pukul 4.30 pm hingga 1.00 am.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/letsmakanatofficial/

2. RESTORAN KEMANGI

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Seremban. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Kemangi bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Kemangi ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Kemangi.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Kemangi ni : Persimpangan Tmn Pinggiran Golf / Tmn Paroi Jaya, Jalan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 013-333 1248.

Restoran western ni bukak seawal 10.00 am – 1.00 am. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/restorenkemangi/

3. WADI AR-RAUDAH

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Seremban. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Wadi Ar-Raudah. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Wadi Ar-Raudah.

Ramai warga Seremban yang memberi review bahawa Wadi Ar-Raudah ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 1, Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan. Boleh call 019-350 8426 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 7.00am hingga 12.00am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Seremban. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Wadi Ar-Raudah ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/wadiarraudhah/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Seremban ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply