3 Tempat Makan Best Western Di Tawau, Sabah | Khalifah Media Networks – Perkara penting difikirkan jika tiba disesuatu tempat yang baru dikunjungi adalah dimana tempat menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?

Usah runsing, disini ada 3 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Tawau, Sabah. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Tawau ini.

1. RENZ HAZEL

Rasa bosan dengan makan makanan yang sama? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke Renz Hazel kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Renz Hazel ini, boleh ikuti alamat : Berdekatan Pizza Hut Fajar, Jalan Mahkamah, 91000 Tawau, Sabah. Nombor Telefon: 013 397 8159 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Waktu Operasi bermula pukul 10.00 am – 10.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/renzhazel/

2. STEAKRONI

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Tawau ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Steakroni. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Steakroni ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan. Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Steakroni ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : TB2905, Jalan Perbandaran, 91000 Tawau, Sabah atau kalau nak senang waze atau google maps – Steakroni. Atau boleh call nombor telefon: 013-411 0335. Waktu Operasi: 12:00 PM – 12:00 AM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/steakroni/

3. ASEAN CAFE & CATERING

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Asean Cafe & Catering menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan yang memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Asean Cafe & Catering untuk maklumat anda : Tb 16305,Ground floor perdana jaya commercial centre, Jalan chong thien vun,off Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah. Boleh waze atau google maps – Asean Cafe & Catering.

Boleh juga hubungi nombor ini 089-747 252 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Mula beroperasi pada pukul 10.00 am – 10.00pm. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/aseancafecatering/

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.

Share.

Leave A Reply