13 Tempat Makan Best Seafood Di Kuala Kedah, Kedah |  Kuala kedah adalah sebuah kawasan di negeri kedah darul aman. Kuala kedah di bahagian muara sungai kedah. Di kuala kedah terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati seperti muzium kota kuala kedah, muzium padi dan muzium negeri kedah. Selain itu kuala kedah juga mempunyai banyak tempat makan best dan restoran restoran makanan laut yang perlu anda cuba bila berkunjung kesini.

Kuala kedah juga menjadi ‘syurga’ untuk pencinta makanan laut. Jadi jika merancang untuk melawat kedah silalah berkunjung ke Kuala Kedah. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut adalah senarai tempat makan seafood best yang ada di kuala kedah.

 

1. NURUL IKAN BAKAR SPECIAL KUALA KEDAH – SEAFOOD

Restoran Nurul Ikan Bakar Special Kuala Kedah adalah salah satu restoran yang menyediakan banyak jenis aneka hidangan makanan laut yang popular disini. Restoran di kula kedah ini adalah cawangan kelima yang dibuka selepas di penang. Mendapat rating yang tertinggi dan komen yang memuji masakan disini menjadikan restoran ini sering dikunjungi pelancong.

Menu utama yang ada disini ialah ikan bakar special. Selain itu terdapat juga menu lain seperti ikan siakap 3 rasa, ikan 3 rasa, tomyam poktek, kialan ikan masin, nasi goreng seafood, tomyam campur, sotong tempura, ikan siakap stim, butter prawn dan banyak lagi.

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Lokasi ini di Jalan Kuala Kedah, Pekan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 5 petang hingga 12 pagi. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 013-430 3024

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NIBSKK5/

 

2. D’PERAPI TEBENGAU – SEAFOOD

Di kuala kedah terdapat banyak lagi restoran yang menarik untuk dicuba seperti restoran D,perapi tebengau. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi dan pengikut dan likes yang banyak di facebook dan rata rata komen sangat berpuas hati dengan masakan dan suasaana di kedai ini di kawasan pokok bakau.

Sambil makan anda boleh nikmati makanan laut yang segar di bawah pohon-pohon yang redup. Antara menu yang ada ialah nasi paprik seafood, kuey teaw goreng seafood, cucur ikan, mee goreng sedap, cucur udang, kerang bakar, shellout buttermilk, sotong bakar, sotong goreng tepung, mee ketam dan banyak lagi.

Lokasi ini di D’PERAPI tebengau , Kuala Kedah, Kedah, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 1.30 petang hingga 10 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 011-16949029

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dperapitebengau

3. RESTORAN NELAYAN KUALA KEDAH – SEAFOOD

Restoran yang berada berdekatan dengan jeti kuala kedah ini sangat sesuai untuk anda singgah makan bersama keluarga. Di sini, mereka menyediakan aneka masakan seafood dan masakan melayu dan thai. Kalau korang nak tahu, dekat sini juga mendapat rating yang tinggi dan rata rata mendapat komen positif di google.
Menu utama yang ada disini ialah tomyam seafood, ikan bakar, sotong goreng tepung, mee udang, aneka seafood, set hidangan keluarga dan banyak lagi. Harga disini juga murah.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
Lokasi ini di Jalan Kuala Kedah (bersebelahan Petron Kuala Kedah) , Kuala Kedah, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa, pada jam 5 petang hingga 11 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi no tel: 019-503 9002

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RestoranNelayanKK/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kuala Kedah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply