3 Tempat Makan Tengah Hari Best di Kota Bharu, Kelantan

| February 25, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengah Hari Best di Kota Bharu, Kelantan | Bila anda dah jejak kaki ke Kota Bharu Kelantan, mesti anda ingin mencuba makanan dari negeri tersebut. Terutama makanan tengah hari kan. Dah berpenat membeli belah di sekitar bandar Kota Bharu, pasti perut pun dah berbunyi menandakan lapar. Tambahan pula anda datang ke negeri yang memang terkenal dengan kesedapan makanan mereka.Anda mesti mencari tempat makan best. Anda mesti nak mencuba dan mencari makanan yang dapat memenuhi selera anda kan?

Jangan risau, disini kami senaraikan tempat makan tengah hari yang dapat memikat selera anda dan akan membuatkan anda teringat-ingat keenakan makanan yang disediakan dan menjamin perut anda kenyang di bandar Kota Bharu ini.

1. Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg. Kraftangan.

Restoran Nasi Ulam Cikgu ini terkenal dengan masakan melayu. Kalau anda memang mempunyai selera tekak melayu, memang sesuai lah datang ke restoran ini kerana ia menyediakan pelbagai pilihan lauk yang memikat hati dan menggiurkan. Untuk para wanita, sangat sesuai untuk mengunjungi restoran ini kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman. Selain ulam-ulam, restoran ini menyediakan dua jenis nasi yang berlainan iaitu nasi ulam dan nasi putih biasa. Bukan itu sahaja, hidangan gulai ikan dan ikan bakar juga terkenal di sini. Selain makanan, panorama dan keadaan sekeliling juga memainkan peranan anda untuk menikmati makanan dengan selesa. Dengan panorama yang menarik yang dikelilingi oleh kesenian lama dan bersebelahan dengan istana lama.

Jangan risau tentang harga,kena dengan tempat makan best itu kerana ia sangat berpatutan dan bergantung kepada hidangan yang anda ambil. Restoran ini berkonsep layan diri dan anda boleh mengambil apa sahaja yang anda ingin kan. Pelanggan yang datang makan di sini terdiri dari penduduk tempatan dan para pelancong. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan dengan harga yang berbaloi.

Haaa amacam, mesti anda terliur dengan menu hidangan yang disediakan. Restoran ini memang menyediakan banyak pilihan hidangan untuk pelanggan pilih dan bersesuaian dengan selera pelanggan.  Hidangan yang disediakan pon masih panas dan sentiasa ditambah.

Kalau anda teringin untuk singgah menjamu selera di Restoran Nasi Ulam Cikgu ini, alamatnya terletak di: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota (15300), Kota Bharu, Kelantan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di talian: 019-961 6665.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiulamcikgu/

2. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Jika Restoran Nasi Ulam Cikgu tidak dapat memenuhi selera anda, jom kita beralih ke restoran yang lain iaitu Warung Pak Mat Pulau Pisang. Kali ini, tempat makan best Warung Pak Mat Pulau Pisang yang terkenal dengan teh tarik madu. Sebut sahaja teh tarik madu, mesti akan terbayang-bayang kesedapan teh tarik madu Warung Pak Mat Pulau Pisang ini. Sesiapa yang suka dengan teh tarik mamak, selepas cuba teh tarik madu ni confirm lupa dah jalan nak ke kedai mamak tu. Boleh dikatakan teh tarik yang terdapat di Warung Pak Mat Pulau Pisang ini boleh membuat sesiapa sahaja terliur dengan buih-buih berjurai keluar dari gelas. Tu belum lagi pekena teh tarik madu float. Lagi terangkat sedapnya. Selain teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang juga terkenal dengan keenakan sup ikan.

Hidangan yang sedap mestilah kena dengan harganya. Harga yang diberi untuk setiap hidangan agak berbaloi dan berpatutan. Untuk harga sup ikan, ia bergantung kepada saiz hidangan ikan tersebut, semakin besar saiz ikan tersebut semakin mahal la harganya.

Haaa mesti korang dah telan air liur tengok hidangan teh tarik madu dengan sup ikan itu kan. Anda patut masukkan dalam list patut singgah Warung Pak Mat Pulau Pisang ini untuk anda sendiri mencuba hidangan tersebut.

Kalau dah ada rancangan untuk singgah tu, ni kami sertakan sekali alamatnya:  Medan Ikan Bakar Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan. Dan jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di talian: 013-919 8131.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/makanekelate/

3.  Al-Khatiri Restaurant

Jika anda dah jemu dengan masakan melayu, anda boleh mencuba masakan arab pula. Jangan ingat Kota Bharu tiada restoran arab ye. Restoran Al-Khatiri menyediakan hidangan arab yang memikat hati. Restoran ini sangat eksklusif dan nampak gah dari luar. Sudah pasti menu utama bagi restoran arab adalah lamb mandy atau kabsah. Untuk kuantiti makanan, ia bergantung kepada pelanggan sama ada untuk menempah dalam kuantiti yang sikit atau banyak. Restoran Al-Khatiri menyediakan tempahan awal. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, anda boleh menghubungi awal untuk membuat tempahan. Selain dari makanan masakan arab, restoran Al-Khatiri juga menyediakan hidangan western. Bagi yang tidak mahu makan makanan arab, anda boleh menempah masakan wester seperti pasta dan chicken chop. Pelbagai kemudahan yang ada di sekitar restoran ini.

Tentang harga jangan lah anda risau. Ia bermula dari semurah-murah harga sehingga la semahal-mahal harga untuk setiap hidangan. Ia bergantung kepada hidangan yang anda makan, sekiranya lamb mesti la harganya sedikit mahal. Berbaloi dengan hidangan yang disajikan.

Kecur air liur tengok hidangan yang disediakan kan. Memang patut singgah cuba makanan arab yang ada di Kota Bharu ini, sesekali ubah selera makan western. Asyik hari-hari makan masakan melayu kan. Hidangan nasi arab ini, satu hidangan dah mampu untuk makan dua orang sekali, berbaloi untuk anda cuba.

Jika anda berhajat untuk singgah dan mencuba nasi arab, di sini kami sertakan alamatnya: Al Khatiri Point, Lot PT 1771 (131.48 mi) Kota Bharu 16150, Kelantan. Jika ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi Al-Khatiri Restaurant di talian: 09-765 5888.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AlKhatiriRestaurant/

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk anda di Kota Bharu, Kelantan. Kalau dah habis baca, jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *