3 Tempat Makan Tengahari Best di Georgetown, Penang

| February 26, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best di Georgetown, Penang | Bila sampai saja waktu makan tengahari, terus bingung sebab tak tahu nak makan dekat mana. Asyik-asyik menu yang sama. Nak juga cuba makanan lain. Kat mana nak cari tempat makan best di Georgetown ni?

Jangan gundah gulana. Kami di sini telah menyenaraikan tempat makan tengahari best untuk anda semua. Jom pakat ramai-ramai p makan tengahari.

 

1. Restoran Nasi Padang Minang

Bagi orang luar, Restoran nasi padang ni menyajikan masakan dari Indonesia yang menggunakan cili padi yang ditumbuk kasar. Untuk sapa-sapa yang suka makan pedas, bolehla mai makan kat Restoran Nasi Padang Minang.

Pelbagai lauk pauk boleh ditemui antaranya ialah ayam goreng bercili, sambal hijau, ikan sumbat sambal,kari nangka, ayam masak rempah, ulam-ulaman dan banyak lagi. Rambang mata masa nak pilih lauk tu.

Mesti tak sabar nak p kan? Lokasinya di 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang. Untuk berhubung, bolehlah menelefon 017-498 5536.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nasi-Padang-Minang-Transfer-Road-Penang-363666851060161/?__tn__=%2Cd%2CP-R&eid=ARB5oKxgk0yyZ__RwfQqER7Ngp0rewufqkSzS1YAmNN0GlrJ9jC7hytPvuEqhpo-xKxcVxrgyZ-PmOP1

2. Restoran Kapitan (Chulia Street)

Nasi beriani sebagai menu makan tengahari di Restoran Kapitan (Chulia Street). Ha, gempak kau. Ni baru tempat makan best kan? Menu uniknya ialah beriani claypot. Nasi beriani akan dihidangkan dengan ayam berempah, kuah dalca dan tairu. Ada Makanan lain juga seperti roti canai, roti naan yang boleh dimakan dengan ayam tandoori. Roti naannya sangat lembut. Nak lagi best, boleh try naan cheese.

Ruang makan yang besar dan nampak eksklusif. Sesuai untuk keluarga besar. Dekat sini, tak payah nak beratur panjang sebab makanan akan dihidangkan di meja. Restoran Kapitan (Chulia Street) di buka 24jam.


Bukan setakat makan tengahari, bila-bila rasa lapar pon boleh p pekena nasi beriani. Ni alamat dia, 93,Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang. No.taliannya ialah 011-1666 4955.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restorankapitan/

3. Hameediyah Beriani

Kalau rasa Restoran Kapitan (Chulia Street) tu jauh dengan tempat hampa, bolehlah p dekat Hameediyah Beriani. Menu yang sama dengan Restoran Kapitan (Chulia Street) iaitu Nasi Beriani. Rasa nasinya yang cukup sifat digandingkan lagi dengan lauk ayam, kambing dan pelbagai lagi. Mau bertambah-tambah makan nasi nanti.

Selain nasi beriani, menu popular yang lain ialah murtabak. Ha, jangan la makan nasi beriani tu kenyang-kenyang sangat. Nanti perut dah penuh, dah tak boleh nak cuba murtabak. Harganya berpatutan.

Sangat menyelerakan bila makan beramai-ramai. Untuk sesiapa yang nak mencuba, ini alamatnya, 164, Lebuh Campbell, 10100 George Town, Pulau Pinang. Boleh juga hubungi di talian 016-447 0164.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/OLDESTNASIKANDARINMALAYSIA/

Adakah artikel kami dapat membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk anda di Georgetown,Penang? Kalau YA jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda dan keluarga anda.

 

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *