3 Tempat Makan Tengahari Best di Ipoh, Perak | Bila bab berjalan je mesti terlintas di fikiran nak makan dekat mana ataupun tempat makan tengahari mana yang best untuk mengisi perut yang sudah kerongcong dan semestinya sedap dengan harga yang berpatutan. Kami nak kongsikan kepada anda tiga tempat makan tengahari best di Ipoh, Perak
Walaupun Penang dan Kelantan adalah satu tempat syurga makanan,jangan risau slogan “Ipoh Mali Tarak Sombong” bukan tempat biasa-biasa juga tau. Kalau tak, takkanlah ia dinamakan salah satu bandar paling well known di dunia Lonely Planet kan? Pilihan makanan yang bervariasi dan hanya ada di negeri ini pasti menarik perhatian sesiapa pun. Jadi kalau bercuti di Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk makan tegahari di tempat-tempat ini. Confirm anda berpuas hati.
1) Nasi ‘Ganja’ Yong Suan
Bagi yang baru sahaja datang ke restoran tersebut pastinya akan tertanya dengan signboard Yong Suan ni halal ke tak. Ya jangan risau, semestinya halal. Ramai yang sanggup datang untuk beratur panjang semata-mata untuk makan tengahari di restoran tersebut. Siapa yang dah try nasi ganja di Yong Suan pastinya anda akan pekena lagi nasi ganja tersebut kerana nasi dan lauk pauk sangat sedap dan menepati citarasa.
Restoran Nasi Ganja Yong Suan ini pastinya digemari oleh pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik juga pelancong yang menikmati hidangan yang pastinya diterima oleh semua etnik yang merasai Nasi Ganja tersebut.
Kalau datang dari jauh tapi tak cuba Nasi Ganja Yong Suan ni, rugi lah sebab nasi ganja dan menu lain pula memang buat kita ketagih nak mesti nak cuba lagi nanti. Lagi-lagi kalau tengahari nak makan nasi ganja confirm tangkap leleh tau. Puding kuning yang disediakan juga sejuk dan sedap dan pudding ini juga adalah sebagai pencuci mulut.
Menarik bukan, dijamin jika anda datang ke restoran Yong Suan untuk menikmati tempat makan tengahari best di Ipoh, Perak ini lah waktu yang paling sesuai untuk anda datang ke sana kerana nasi ganja tersebut mampu buatkan perut lapar menjadi kenyang dengan hati yang gembira.
Kalau anda teringin nak singgah ke restoran ini, alamatnya: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi : 05-254 4314
Waktu operasi : 9.30 am – 6 pm (Setiap hari)
Facebook Page : https://www.facebook.com/pages/category/Grocery-Store/Nasi-Ganja-Yong-Suan-1375215999474374/
2) New Hollywood
Restoran New Hollywood juga adalah antara restoran cina yang digemari oleh semua etnik yang pasti restoran ini halal. Kadang-kadang kita terfikir kenapa ramai sangat orang yang pergi ke restoran tersebut. Lepas mencuba hidangan di Restoran ini baru lah kita tahu kenapa ramai yang datang walaupun ada dari jauh yang sanggup redah untuk menikmati hidangan untuk makan tengahari di restoran New Hollywood
Restoran ini terdapat banyak gerai dan mempunyai pelbagai menu makanan sedap yang pastinya akan menjadi makanan kegemaran anda. Restoran New Hollywood telah pun merealisasikan resepi masakan turun temurun yang sedap malah harga makanan di restoran tersebut juga murah dan beratutan.
Rasa kecur air liur bukan. Jadi jangan risau tentang harga yang boleh kempiskan dompet anda. Datanglah beramai-ramai untuk merasai hidangan tempat makan tengahari best di New Hollywood.
Kalau anda teringin nak singgah ke restoran ini, alamatnya : Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Sebarang pertanyaan, bolehlah call : 012-290 8887
Waktu operasi : 7:00 am – 10:00 pm (setiap hari)
Facebook Page : https://www.facebook.com/pages/New-Hollywood-Canning-Garden/161292600602071
3) Tasik Raban
Bagi yang mengemari makanan tengahari berlauk dan masakan yang pelbagai pilihan dan yang paling penting makanan mesti nak sedap. Restoran Tasik Raban ini adalah antara yang paling tepat dan sesuai untuk makan tengahari di Ipoh. Tasik Raban mempunyai 3 cawangan di Perak. Terdapat banyak fasiliti yang disediakan seperti surau yang boleh memudahkan untuk solat.
Bila kita nak makan makanan tengahari mesti nak makanan berlauk dan ala ala kampung. Jadi Restoran Tasik Raban menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang pasti semua orang akan suka. Antara menu istimewa untuk makan tengahari di Restoran Tasik Raban seperti ikan bakar, ulam ulaman, gulai tempoyak, ikan perkasam dan pelabagai lagi yang boleh menaikkan selera makanan tengahari anda. Tidak hairan la kalua Restoran Tasik Raban mempunyai ramai pelanggan disebabkan pelanggan di restoran tersebut yang datang daripada pelbagai tempat dan latar belakang. Restoran ini menjadi popular disebabkan sebelum ini pernah muncul di kaca televisyen iaitu Discover Perak.
Rasa nak pergi makan sekarang kan? Bawalah family dan rakan-rakan anda untuk merasai makanan tengahari dijamin sedap. Banyak review positif yang boleh menyakinkan anda untuk makan tengahari best di Restoran Tasik Raban.
Kalau anda teringin nak singgah ke restoran ini, alamatnya : Depan Stadium Perak, 31400 Ipoh, Perak
Sebarang pertanyaan, bolehlah call : 019-521 5657
Waktu operasi : 11.00 am – 05.00 pm (setiap hari)
Facebook page : https://p.facebook.com/tasikraban/
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Penang ini. Habis baca jangan lupa tekan share dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.