3 Tempat Makan Tengahari Best di Gombak, Selangor|  Dah tengahari perut pula dah rasa lapar. Masih memikirkan tempat makan mana yang best bila berada di Gombak. Kepada anda yang ingin tahu lokasi restoren yang best untuk makan tengahari di sekitar Gombak, anda di jemput untuk membaca artikel ni ya!

Gombak merupakan sebuah lokasi yang menempatkan banyak restoren menghidangkan menu masakan tengahari yang sedap-sedap. Cakap sahaja nak makan apa, ada macam-macam jenis masakan ada seperti masakan orang Melayu, masakan dari negara seberang, masakan ala-ala timur, hinggalah kepada masakan orang barat anda pasti akan jumpanya di Gombak. Jadi, di sini kami ingin kongsikan kepada anda 3 tempat makan tengahari best di Gombak, Selangor sekiranya anda berada di kawasan ni.

1. Restoren Ayam Penyet Surabaya

Restoren Ayam Penyet Surabaya adalah restoren yang menghidangkan masakan dari negara seberang. Kepada anda yang suka masakan pedas-pedas, restoren ini adalah pilihannya. Mereka menyediakan masakan ayam penyet, bebek, ikan keli, gurame penyet dan ayam bakar. Mereka juga memyediakan masakan sampingan lain seperti nasi goreng, lauk-pauk masakan tradisi mereka antaranya ialah gadogado, sayur kangkung, terung belado dan macam-macam lagi. Segala menu hidangan yang terdapat di restoren ini pasti akan memenuhi citarasa anda.

Keenakan dan keistimewaan Ayam Penyet Surabaya yang menjadi kesukaan pelanggan adalah disebabkan sambal penyet yang dibuat mengikut tradisi masakan asli Surabaya yang sememangnya tersendiri. Oleh itu, anda wajib cuba makan tengahari di sini.

Menarik sungguh kan hidangan ayam penyet mereka ni. Buat kita lapar dan terliur tengok ayam dan sambal mereka tu.

Kepada anda yang berminat nak cuba makan di restoren Ayam Penyet Surabaya, anda boleh ke alamat ni : 27, Jalan SG 3/19, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di : 012-329 1299

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/apsmalaysia

2. Warung Puteri Taman Sri Gombak

Kepada anda yang selera tekaknya memang betul-betul Melayu tulen dan inginkan hidangan Melayu asli, Restoren Puteri Taman Sri Gombak ini menghidangkan pelbagai jenis menu masakan makanan orang Melayu.

Waktu tengahari restoren ni pasti ramai dikunjungi pelanggan yang dah tertarik dengan hidangan masak mereka. Restoren Puteri Taman Seri Gombak menyediakan hidangan masakan seperti nasi berlauk, nasi lemak, nasi kak wok yang menjadi kesukaan ramai. Antara sebab lain, restoren ini menjadi kegemaran ramai adalah disebabkan gulai yang dihasilkan sangat sedap, cukup rasa dan dijamin berkualiti dek kerana resepi warisan turun temurun. Selain itu, hidangan minuman mereka yang power terdapat di restoren ini ialah minuman teh tais madu mereka. Anda patut cuba!

Sangat menyelerakan bila tengok gambar-gambar hidangan masakan mereka ni. Rugi kalau tak cuba makan di sini. Harga pula sangat berpatutan. Jadi apa tunggu lagi kan? Boleh lah cuba makan di sini. Memang best dan tak rugi!

Anda yang ingin merasai pengalaman makan di restoren ini, anda boleh tengok alamat ini : No 73, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor: 013-910 0600

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungputeritamansrigombak/

3. Restoren Taj Hadramawat@ Melati Utama

Bila sebut sahaja nama restoren ini, sudah pasti ia adalah sebuah restoren yang menghidangkan masakan Arab. Kami tahu, orang Melayu kita pun ada sahaja yang suka dengan masakan Arab ni. Restoren ini memang terkenal dengan masakan mereka di Gombak. Banyak cawangan telah dibuka oleh restoren ini.

Kepada anda yang penggemar masakan Arab, anda patut singgah dan rasai sendiri pengalaman makan di restoren ini. Sekiranya anda ingin makan hidangan santai anda boleh cuba menu masakan mereka iaitu kebab atau shawarma mereka. Makanan ini memang menjadi kesukaan ramai pelanggan. Sangat best dan menyeronokkan tengok menu masakan yang terdapat di restoren ini. Anda boleh lah datang bawa keluarga cuba makan disini. Gambar-gambar di bawah akan membantu anda untuk merasai keenakan masakan mereka. hi hi hi .

Jom singgah makan di restoren Arab ini. Sangat berbaloi untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Anda yang berminat , boleh singgah ke alamat : No. 45G, Jalan Melati Utama 4, Taman, Persekutuan, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 03-4106 3323

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/category/Middle-Eastern-Restaurant/Taj-Hadramawt-%D9%85%D8%B7%D8%B9%D9%85-%D8%AA%D8%A7%D8%AC-%D8%AD%D8%B6%D8%B1%D9%85%D9%88%D8%AA-282021018512606/

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Gombak, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

Leave A Reply