Kejatuhan PH. Ini Rayuan DS Anwar Pada Pimpinan PKR.

| March 4, 2020 | 1 Comment

Kejatuhan PH. Ini Rayuan DS Anwar Pada Pimpinan PKR. | Isu kemelut politik negara beberapa minggu ini masih hangat diperkatakan. Ekoran kejatuhan PH, ini rayuan dari Presiden PKR buat semua. Baca selanjutnya.

Terus Bela Rakyat.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuat naik video di dalam akaun Facebook (FB) rasminya meminta semua pimpinan dan pendukung parti itu di seluruh negara terus memperkuatkan keadilan dan menjaga benteng amanah membela nasib rakyat.

Berikut adalah ucapan penuh selama dua minit:

“Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera. Rakan-rakan pimpinan dan pendukung keadilan di seluruh negara.

“Izinkan saya jelaskan bahawa kita telah mengambil jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita. Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita.

“Kita memilih untuk kekal dengan prinsip, yang meninggalkan kita mengkhianati amanah perjuangan kita. Dulu ada yang gusar bertanyakan mengapa saya tidak berkompromi?

“Saya jawab saya ada dengar dan dapat menghidu apa yang sedang direncanakan dan mengkhianati perjuangan kita. Termasuk pertama bahawa landasan kita adalah keadilan, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Yang kedua, sementara basis Islam dan Melayu, tidak dipertikaikan menjadi asas di negara kita. Kita negara yang pelbagai kaum dan pelbagai agama dan merangkumi semua kaum dan agama.

“Ketiga ekonomi kita ini tidak harus menghalalkan rompakan oleh segelintir penguasa tetapi untuk memastikan ekonomi dipacu dengan lebih laju dan meyakinkan.

“Tetapi menjamin pengagihan yang adil dan saksama. Petani, nelayan, pekerja, penjawat awam terutama di peringkat menengah dan rendah sedang mengalami masalah dan tekanan hidup.

“Kita tidak boleh izinkan kekayaan negara ini terus dirompak oleh segelintir kecil. Semoga rakan-rakan dapat perkukuh sekarang ini, memperkuatkan keadilan dan menjaga benteng amanah membela nasib rakyat. Terima kasih,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *