3 Tempat Makan Tengahari Best di Kajang, Selangor| Dah tengah hari perut pula dah mula rasa lapar. Kita pula mulalah mencari cari handfone dan search Google tempat makan best untuk makan. Haa.. kepada anda yang inginkan hidangan makan tengahari yang sedap dan menyelerakan kami ada sediakan 3 tempat makan tengahari best di Kajang, Selangor.

Kajang adalah lokasi yang menempatkan banyak restoren menghidangkan pelbagai jenis makanan. Anda yang berada di sekitar Kajang ni bolehlah cuba merasai hidangan masakan mereka. Kami kongsikan kepada anda tiga tempat makan tengah hari best di Kajang yang menjadi tumpuan ramai. Rajin-rajinkan diri anda untuk membaca artikel ni ya!

 

1. Restoren Rumah Makan Cibiuk

Rumah Makan Cibiuk adalah salah satu restoren yang menjadi kunjungan ramai pelanggan. Rumah Makan Cibiuk yang menyajikan hidangan masakan dari negara seberang yang sememangnya disukai oleh ramai orang. Restoren masakan dari Sunda Indonesia telah membuka cawangan mereka di Malaysia juga. Hal ini pasti membuatkan ramai pengunjung sudah tahu keberadaan restoren ni dan juga masakan mereka.

Menyediakan banyak hidangan masakan seberang seperti set nasi liwet komplit ayam kampung bakar, nasi timbel komplit lele goreng, nasi liwet komplit ayam kampung goreng. Selain itu, anda juga boleh dapat kan makanan bergoreng seperti nasi goreng ayam, nasi goreng seafood, nasi goreng special dan banyak lagi. Keenakan sambal mereka juga menjadi kesukaan ramai pelanggan. Keistimewaan hasil masakan sambal mereka yang merupakan resepi asli dari Sunda memang meletop rasanyaa. Anda yang sukakan masakan pedas memang sesuai lah untuk cuba!

Macam mana terliur ke tidak tengok hidangan masakan mereka ni? Kalau anda terliur boleh lah lepas ni datang untuk cubanya.

Kalau anda berminat, boleh pergi ke alamat restoren mereka di : No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , (382.48 km) 43000 Kajang, Malaysia. Seberang pertanyaan hubungi : 03-8741 5000

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RumahMakanCibiukMalaysia/

 

2. Restoren Itik Salai Masthar

Ada yang suka makan itik masak lemak cili api tak? Ha.. kalau ada yang suka makan itik masak cili api ni, apa kata anda datang berkunjung untuk makan tengah hari di sini pula. Ada pelbagai jenis masakan lemak cili api yang dihidangkan oleh mereka di sini. Itik Salai Masthar ini menghidangkan menu masakan tradisi Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api.

Terdapat banyak jenis masakan lemak cili api antaranya ialah itik salai masak lemak cili api, ayam salai masak lemak cili api, daging salai masak lemak cili api, keli salai masak lemak cili api dan banyak lagi. Anda pilih saja nak makan apa, pasti hasilnya sangat memuaskan hati. Hidangan lain juga anda boleh cuba seperti patin tempoyak, asam pedas, ikan bakar dan bermacam-macam lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat lah berbaloi. Datang bersama keluarga atau rakan-rakan pasti akan menambahkan selera anda.

Menyelerakan tengok gambar gambar masakan lemak cili api mereka ni kan? Datang makan waktu tengah hari memang sangat sesuai lah untuk isikan perut kita yang tengah lapar dengan masakan mereka ni. Jadi apa tunggu lagi, boleh datang cuba ya!

Anda yang berminat dan ingin merasai pengalaman makan di sini, boleh pergi ke alamat : Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Sebarang pertanyaan hubungi: 019-255 3645.

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/category/Halal-Restaurant/Restoran-Itik-Salai-Mastar-1166448930091539/

 

3. Restoren Sate Kajang Hj. Samuri

Waktu tengah hari tiba tiba tekak rasa nak makan sate pula kan? Perut tengah lapar memang sangat sesuai lah kalau anda datang makan di Restoren Sate Kajang Hj. Samuri ini. Daging sate yang diperap dengan sempurna memang sangat berpuas hati jika nak cuba makan di sini.

Pelbagai jenis daging sate yang boleh anda cuba antaranya ialah sate daging, sate ayam, sate kambing, sate kijang dan banyak lagi. Harga pula anda boleh dapat dalam sekitar RM 0.98 hingga ke RM 2.20 secucuk. Hidangan bersama kuah kacang dan nasi impit memang pasti akan membuatkan perut anda rasa kenyang dan pasti berpuas hati. Ruangan kedai yang sangat luas dan kebersihan kedai juga dijaga pasti membuatkan anda lebih tertarik untuk menikmati hidangan sate di sini.

 

Tengok saja gambar gambar sate mereka ni, aduh buatkan kita rasa lapar dah ni. Jadi, apa tunggu lagi, anda boleh cuba makan sate disini. Tak rugi dan sedap!

Anda boleh dapatkan alamat mereka di: Jalan Hishammuddin, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi: 03-8737 1853

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/category/Food-Delivery-Service/Sate-Kajang-HjSamuri-1504870009830925/

 

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk korang di Kajang, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Share.

Leave A Reply