3 Tempat Makan Tengahari Best Di Kota Tinggi, Johor

| October 1, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best di Kota Tinggi, Johor | Kota Tinggi merupakan salah satu daerah di negeri Johor. Ia juga dikatakan sebagai pusat pelancongan yang dikunjungi oleh orang ramai. Selain tempat pelancongan, Kota Tinggi juga mempunyai tempat makan yang menarik dan sedap. Artikel kali ini kami akan senaraikan tiga tempat makan best di Kota Tinggi.

  1. Restoran Belangkas Mahkota 

Anda tak pernah makan belangkas? Jangan risau, kini anda boleh cuba di Restoran  Belangkas Mahkota yang terletak di bandar Kota Tinggi. Sajian utama yang dihidangkan oleh restoran ini adalah asam pedas belangkas.

Buktinya, restoran ini kerap dikunjungi pelanggan termasuk yang datang dari luar Johor. Pelanggan yang pernah merasai asam pedas belangkas tersebut, memuji kelazatan menu serta belangkas yang segar.

Jika ingin merasai kelazatan belangkas tersebut, anda boleh pergi ke Restoran Belangkas Mahkota, Jalan Kota Tinggi.

Facebook Page : Restoran Belangkas Mahkota

        2. Restoran Terapung Bujang Firefly

Anda berada di sekitar Bandar Penawar atau Desaru tapi tak tahu nak makan mana? Restoran Terapung Bujang Firefly dapat bantu anda.

Uniknya restoran ini adalah ia dibina atas sungai dan dikenali sebagai restoran terapung. Selain itu, pemandangan sekitar restoran ini pada waktu malam juga amat cantik kerana anda dapat melihat kelip-kelip di sekitarnya.

Menu menarik yang dapat dihidangkan adalah ala Thai. Kebiasaannya, ramai keluarga kunjungi restoran ini bersama dan makan beramai-ramai. Mereka juga terdapat menu istimewa iaitu siput gonggong.

Facebook Page : Restoran Terapung Bujang Firefly

        3.  Restoran Haji Daud (RHD)

Restoran Haji Daud tidak pernah putus dengan pelanggan kerana restoran tersebut menyediakan pelbagai jenis makanan dari sarapan, makan tengahari serta makanan barat.

RHD juga mempunyai hidangan lauk campur seperti masaka lemak, kari, asam pedas dan pelbagai lagi. Untuk makanan barat pula, hidangan seperti Chicken Chop, Lamb Chop dan pasta juga tersedia.

Restoran ini mula beroperasi pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam. Restoran Haji Daud terlertak di Pusat Perdagangan Kota Tinggi.

Facebook Page : Restoran Haji Daud 

Jadi anda semua sudah tahu kan tempat makan best di Kota Tinggi? Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya. Selamat menjamu selera!

 

Tags: , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *