13 Tempat Makan Tengahari di Kulai, Johor. | Korang kalau dah singgah Johor tu, jangan lupa singgah dulu rasa makanan orang Johor ni. Masakan orang Johor ni tak kurang hebatnya juga. Rugi la kalau datang Johor tapi tak try makanan kat Johor. Sebab semua makanan kat sini memang hebat sampaikan orang Johor kalau keluar dari Johor tu pun rindukan makanan tempat mereka sendiri.

Tempat makan best Johor

Jadi, hari ini kami nak kongsikan buat korang tempat makan best di salah satu daerah di Johor iaitu bandar Kulai .

Jadi korang, jangan segan-segan singgah dulu tempat makan yang akan kami senaraikan untuk korang. Kami senaraikan bukan satu sahaja tempat makan best tetapi kami bagi 3 pilihan untuk korang supaya tempat makan yang dihidangkan ini kena dengan tekak korang. Jadi tanpa membuang masa jom kita usha-usha dulu artikel ni.

1. Gerai Makan Mohd Kahar

Buat korang yang teringin nak makan mee bandung di Kulai, Johor ini, boleh lah luangkan masa datang ke gerai ini.

Kalau orang Kulai mesti semua dah tahu gerai ini kan? Udang besar-besar kalau datang makan ke gerai ini. Menu nasi goreng dan mee bandung dia pun sangat best.

Walaupun ruang makan kedai makan kecil, meja muat muat empat orang tetapi bila dah gabung meja, nak bawa rombongan keluarga pun boleh.

Lagi-lagi bila masakan diorang sangat sedap mestilah kita nak bawa keluarga makan dekat tempat sedap-sedap.

Menu makan kat sini korang boleh pilih makan nasi goreng seafood, nasi goreng kambing black pepper dan lain-lain.

Makanan kat sini semua sedap-sedap. Harga makan kat sini pula memang biasa korang dapat bila makan dekat Johor.

Agak mahal tetapi kena dengan hidangannya. Jadi kalau korang nak singgah makan kat sini jangan datang awal sangat sebab gerai ini buka pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 6.30 petang.

Kalau korang teringin nak jadikan gerai ini sebagai destinasi makan best tengahari korang, bolehlah korang datang ke alamat yang tertera disini: No 12, Gerai Majlis MPKU, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor. Sebarang tempahan dan maklumat lanjut bolehlah hubungi no.: 013-784 7337.

2. Restoran Lapan Kati

Buat korang yang dah jemu makan makanan western dan makanan Melayu, apa kata korang singgah makan di Restoran lapan kati ini. Di sini, mereka menghidangkan makanan laut yang dimasak kena dengan selera orang cina. Walaupun restoran ini menghidangkan masakan cina tetapi hidangannya halal dimakan orang yang beragama Islam. Restoran ini mempunyai ruangan yang bersih dan luas. Sesuai untuk membawa seisi keluarga.

Hidangan menu makanan di sini memang sangat sedap dan di gemari pelanggannya. Antara menu yang selalu menjadi pilihan ramai ialah Butter Prawn with milk, Yong Chaw fried rice, Lemon Chicken. Manakala minuman yang dihidangkan pula Air kelapa Madu, Sarawak tea dan lain-lain. Makanan kat sini memang sedap kalau korang nak cari tempat makan tengah hari boleh lah singgah di restoran ni yang sememangnya best untuk dicuba.

Hidangan makan di sini memang harganya berpatutan dengan hidangan yang disediakan dan memang dapat harga standard lah di Johor. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Memang sesuai la restoran ini menjadi port tempat makan tengah hari korang.

Jadi tunggu apa lagi, kalau dah datang Kulai tu mai singgah ke Restoran Lapan Kati di alamat: No.161, Jalan Kenanga 29/4, Indahpura, 81000 Kulai. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi no yang tertera: 07-662 2588.

Facebook Page: Restoran Lapan Kati

3. Nasi Ayam Angah

Bagi yang nak makan tengah hari yang mudah dan sesuai dengan tekak anak-anak, bolehlah cuba makan makanan tengah hari di Kedai Nasi Ayam Angah. Buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil memang mudah bila kita hidangkan mereka makan nasi ayam. Tambah-tambah nasi ayam sentiasa menjadi pilihan anak-anak. Jadi bila korang dah rancang nak makan tengah hari di Kulai, bawalah keluarga makan di kedai makan ini kerana nasi ayam disini memang tak kurang hebatnya daripada kedai makan yang lain. Ruangan makan kedai ini memang sesuai dan selesa untuk membawa keluarga yang mempunyai anak kecil.

Antara menu makanan utamanya semestinya tiga jenis nasi ayam dalam pilihan iaitu nasi ayam biasa, nasi ayam sambal dan nasi ayam goreng. Hidangan yang lain turut disediakan buat pelanggannya seperti nasi goreng dan aneka mee. Harga makan di sini memang berpatutan di Johor.

Kalau korang dah rancang nak singgah tu, kedai ni dibuka pada jam 11 pagi hingga 6 petang. Kalau nak datang tu pastikan datang awal sebab nasi ayam kat sini memang laris.

Nasi Ayam Angah ini terletak bersebelahan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim beralamat: No. 1212, Jalan Kasturi 36/45, 81000 Kulai. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi no.: 019-702 2886.

Jadi korang yang dah masuk ke daerah Kulai ini jangan lupa singgah makan di tempat makan best tengahari yang kami sediakan ini. Pada musim covid ni, pastikan korang ikut syarat yang diberikan semasa berada di luar dan ikuti garis panduan semasa makan di luar. Sanitizekan tangan, pakai topeng. Suka dengan perkongsian kami? Jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

Share.

Leave A Reply