3 Tempat Makan Tengahari Best di Muar, Johor | Kalau korang bercuti atau balik kampung ke Muar, Johor mesti anda ingin cuba masakan tempatan yang best best kan? Bila perut dah rasa lapar mula la kita tergesa-gesa nak cari tempat makan best. Jadi benda pertama yang muncul di fikiran mestilah Google kan? Itu je sumber yang cepat dan mudah nak kenal pasti tempat makan best di dunia ni, tapi tanpa review dari orang mana nak jumpa sumber yang boleh dipercayai di situ. Jadi kalau korang datang ke Muar, kami ingin kongsikan kepada korang tempat best untuk makan tengahari di Muar ni.

Tak perlu bimbang, kami hanya menyenaraikan tiga tempat makan best di Muar, Johor supaya anda tak perlu pening-pening untuk pilih tempat yang best untuk makan tengah hari di sini. Pastikan anda datang awal supaya anda tidak menyesal apabila makanan yang dicari habis dijual.

1. Gerai Pak Yahya Asam Pedas

Teringin nak makan asam pedas? Jangan risau, kalau korang datang ke bandar Muar ni, korang kena singgah untuk cuba rasa asam pedas yang best di Parit Jawa ni.

Antara asam pedas yang terbaik di Muar ni boleh didapati di Gerai Pak Yahya Asam Pedas. Gerai ni merupakan salah satu gerai di medan selera Parit Jawa, Muar.

Ikan-ikan yang dihidangkan sangat segar kerana pemilik gerai ini iaitu Pak Yahya membeli ikan terus daripada nelayan untuk dimasukkan ke dalam menu masakan asam pedasnya.

Jadi kalau korang nak makan ikan yang dimasak segar bolehlah datang ke gerai Pak Yahya ni. Selain itu, ruang makan di gerai ni pula agak selesa, bersih dan terbuka.

Jadi boleh lihat pemandangan pantai yang berdekatan situ. Tiada dinding-dinding yang menghalang yang boleh menghalang kita menghirup udara yang segar.

SESUAI BAWA KELUARGA

Sesuai untuk bawa keluarga untuk datang makan disini. Kalau ada bawa anak kecil, korang jangan risau sebab kerusi budak ada disediakan.

Menu yang dihidangkan pula hanyalah asam pedas bersama nasi serta hidangan sampingan seperti sayur kobis goreng, telur dadar dan sambal belacan untuk satu set hidangan. Antara ikan yang terdapat dalam menu asam pedas Gerai Pak Yahya Asam Pedas ni ialah ikan siakap, ikan merah, ikan kembung dan lain-lain. Manakala harganya pula sangat berpatutan kerana harganya mengikut saiz ikan yang korang order. Harga yang biasa korang boleh dapat untuk satu set ialah RM13. Jangan risau ikannya besar sesuailah dengan harganya. Bukan itu saja, kalau korang teringin nak makan hidangan lain selain asam pedas di sebelah gerai Pak Yahya ada menjual makanan yang lain.

Amacam terliur tak tengok asam pedas ni? Kalau nak rasa asam pedas yang popular di bandar Muar ni korang boleh datang ke Gerai Pak Yahya Asam Pedas ni sebagai tempat makan best korang.

Kalau anda teringin nak singgah makan tengah hari ke gerai Pak Yahya ni, ini alamatnya: No.1 Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor. Jika anda ingin membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi: 0122551762 (Pak Yahya)

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Pak-Yahya-Asam-Pedas/2157704794262169

2. Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanifah

Kalau anda rasa tidak mahu makan nasi untuk tengah hari dan nak cuba sesuatu yang lain, korang boleh cuba makan mee bandung di Muar ni. Kalau korang nak tahu Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni memang tidak asing lagi dengan penduduk tempatan kat sini. Mee bandung kat sini memang popular dengan kuahnya yang pekat dan rasanya yang seimbang. Korang memang kena cuba makan tengah hari di sini. Bukan itu saja, hidangan lain turut ada disediakan di sini. Tapi sah-sah la mee bandung dia yang terlaris di sini. Lagi satu tempat ruangan makan dia agak sempit dan kalau nak bawa keluarga pun boleh sebab di luar restoran ni ada meja yang boleh muat untuk ramai. Yang sempit tu bukan apa tapi disebabkan ramai pelanggan sebab tu nampak agak sempit.

Harga makanan di Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni berpatutan la juga sekitar RM5-RM 10. Makanan yang sedap kena la dengan harganya. Asalkan sedap dan berpuas hati. Jadi,  kalau korang mencari mee bandung di Muar ni korang patut cuba mee bandung disini.

Mengiurkan tak lihat mee bandung ni? Tiba-tiba perut rasa lapar kan? Jangan lupa bawa keluarga anda untuk datang cuba masakan mee bandung di sini.

Kalau tertiba terlintas difikiran nak singgah makan di Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni. Ini alamatnya: Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi no berikut: 012-264 2720 atau 017-267 8507.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Mee-Bandung-Abu-Bakar-Hanipah/102286613189416?__tn__=kC-R&eid=ARBv1LX9fUEAIbYBVvliIMvA5gq06xo14G62tFq4cK-A_I2WGizg358_vJQdxfsSBkPNlyan26_occWh&hc_ref=ARQK2zwpkbTAYIRok5W1s7TKI58bzrRyqBTuez7OJ6m91AZC3ABcJd7MI5eQc616PuA&fref=tag

3. Muar Patin Tempoyak

Kalau dua restoran tadi tidak membuatkan anda berminat untuk singgah makan tengah hari. Bagaimana pula dengan Restoran Muar Patin Tempoyak ni. Kepada peminat peminat ikan tempoyak memang patut cuba makan di restoran ni tak perlu jauh-jauh pergi ke Pahang untuk makan patin tempoyak bila korang ada di Muar ni. Makanan menu yang disajikan memang sedap dan kena dengan cita rasa. Walaupun yang kali pertama mencuba ikan tempoyak di restoran ni pasti tidak akan menolaknya. Jadi korang patut bawa ahli keluarga korang yang lain untuk cuba makan di sini. Restoran ni banyak menyediakan kerusi dan meja, jadi korang jangan risau kalau korang bawa keluarga yang ramai untuk makan di situ.

Harga makanan di sini berpatutan. Jadi kalau nak makan tengah hari boleh lah singgah ke sini. Antara menu yang disediakan seperti patin tempoyak, patin pais, tilapia pais, sotong sumbat bakar, daging salai cili padi dan lain-lain. Kalau korang rasa mahal tu kena la faham sekarang ni ikan memang mahal. jadi kalau nak makan memang kena sedia duit banyak-banyak. Makan mahal asalkan sedap dan berpuas hati kan.

Rasa lapar tak tengok gambar ni? Haha! Sabar ya korang, kalau craving sangat nak makan jangan lupa singgah ke Restoran Muar Patin Tempoyak ni ya!

Kalau dah berpakat nak singgah, ini alamatnya: : J30, Jalan Kampung Tengah, 84000 Muar, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh hubungi 018-9167415

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/muarpatintempoyak

Jadi kalau korang dah pakat-pakat singgah ke Muar ni jangan lupa cuba makan di restoran dan gerai makan yang kami senaraikan. Kami ucapkan selamat datang dan selamat mencuba.

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk anda di Muar, Johor. Kalau dah habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Share.

Leave A Reply