3 Tempat Makan Tengahari Best di Selayang, Selangor| Bila dah masuk tengahari, perut pula dah mula rasa lapar. Tapi kita ni masih lagi tercari-cari tempat makan tengahari yang mana best bila berada di Selayang ni. Tekak pula teringin nak rasa masakan tempatan yang menarik dan sedap kan? tak perlu risau lokasi 3 tempat makan tengahari best di Selayang, Selangor ini memang ada restoren yang menghidangkan menu masakan sedap-sedap.

Selayang adalah sebuah lokasi yang sesuai dan menarik untuk cari tempat makan tengahari best. Cakap sahaja nak makan apa, dari masakan Melayu, Thailand, Arab, Barat, China, Mamak, pasti semua ada untuk memenuhi rasa mengidam anda dengan macam-macam jenis masakan yang terdapat di sini. Oleh itu, untuk membantu anda daripada rasa sakit kepala, mengidam dan menjimatkan masa anda, di sini kami nak kongsikan 3 tempat makan tenghari best di Selayang, Selangor. Semoga anda dapat rajinkan diri unutk membaca artikel ni ya!

 

1. Restoren Rumpun Selera.

Anda yang berada di Selayang, mari kita singgah makan tengahari di restoren Rumpun Selera ni. Sebuah restoren yang menyediakan hidangan masakan sedap-sedap dan menarik yang menjadi pilihan pengunjung datang ke sini. Restoren Rumpun Selera yang terletak berdekatan dengan Stadium Majilis Pembandaran Selayang mudah untuk anda jejaki keberadaan restoren ni.

Menyediakan pelbagai hidangan masakan yang menarik dan sedap pasti akan membuatkan anda rasa lapar dan terliur. Antara hidangan yang terdapat di sini ialah masakan tom yam, ikan bakar, makanan barat dan pelbagai lagi. Anda yang sukakan hidangan tomyam anda wajib cuba mereka punya masakan tomyam. Rugi tak cuba! Selain daripada masakan tomyam anda juga wajib cuba masakan lauk pauk selera kampung yang terdiri daripada kalian ikan masin, sotong celup tepung, hidangan ikan patin dan pelbagai lagi lauk pauk yang boleh anda nikmati pada waktu tengahari di sini. Sangat best,  menyelerakan dan mengenyangkan. Restoren ini juga menawarkan perkhidmatan katering. Haa boleh dah tu, kalau anda nak buat apa-apa masjils, bolehlah gunakan perkhidmatan mereka. Selamat mencuba!

 

Tengok sahaja gambar dah pun terliurkan ? Jadi apa tunggu lagi.. kepada anda yang berada di sekitar Selayang tu, sila panjangkan langkah anda untuk datang ke sini ya.

 

Disini adalah alamat lokasi restoren Rumpun Selera yang boleh anda pergi : No 2,Jln 2/12 Bandar Baru Selayang Batu Caves (town) 68100. Sebarang pertanyaan hubungi di: 03-6138 8778

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rumpunseleraselayang/

 

2. Kafe Dapur Aneh-Aneh

Kalau restoren Rumpun Selera tadi tidak dapat memenuhi citarasa anda, anda boleh datang dah cuba pula ke Kafe Dapur Aneh-Aneh. Wahhh… dasyat sungguh lah nama kafe mereka ni. Mereka yang tinggal di sekitar Selayang, pasti sudah tahu kewujudan dan telah merasai pengalaman makan di sini kan ?

Kafe Dapur Aneh-Aneh menyediakan pelbagai hidangan masakan Barat dan tempatan yang dapat memenuhi citarasa anda. Oleh kerana hidangan masakan mereka yang begitu banyak, pasti akan buatkan anda rambang mata untuk membuat pesanan. Bukan setakat banyak sahaja, malah sungguh sedap dan menyelerakan hidangan masakan yang terdapat di sini. Antara hidangan masakan yang boleh dapatkan di sini ialah ayam penyet, pecel lele, kembong penyet dan banyak lagi. Masakan panas pula anda boleh cuba hidangan masakan seperti nasi goreng ketam, nasi goreng sotong, laksa, bakso, mee kari dan banyak lagi lah. Anda patut datang dan cuba sendiri. Keadaan kedai yang bersih dan ruang kedai yang sangat selesa dapat membuatkan pelanggan datang menikmati hidangan dengan tenang. In shaa allah.

 

Menarik dan meriah sungguh la kan hidangan masakan yang terdapat di kafe ni. Di sebabkan kedai mereka ini terlalu banyak hidangan masakan, kita patut datang banyak kali ni.. tak boleh sekali hi hi hi. Kalau tak rugi sebab tak dapat cuba hidangan yang lain pula yang terdapat di kafe ni .

 

Jika anda berminat nak cuba, boleh pergi ke alamat : No 11 Jalan 2/14, Bandar Baru Selayang
Batu Caves (town) 68100. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di : 03-6731 0545

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kafedapuranehaneh/

 

3. Restoren Tuu… Dia Pak Tam

Tudia… Restoren Tu..Dia Pak Tam menarik kan nama restoren ni? Restoren Tu.. Dia Pak Tam ni menyediakan hidangan pasembor yang kebanyakkan orang pasti menggemarkannya. Tak perlu pergi jauh ke Penang kerana dekat sekitar Selayang juga terdapat sebuah restoren yang menghidangkan menu pasembor yang sedap dan garenti sedap!

Waktu tengahari restoren ni memang akan ramai pengunjung datang dan keadaan kedai yang sangat luas akan menambahkan keselesaaan kepada pelanggan menjamu selera di sini. Terdapat pelbagai jenis hidangan yang boleh anda cuba pada waktu tengahari antaranya ialah nasi campur set, set nasi Bukhara dan bermacam lauk pauk yang tersedia di sini. Anda pilih sahaja apa yang berkenan di tekak dan hati. Harga juga sangat berbaloi. Tak rugi pun makan di sini. Pastikan anda sampai awal ya untuk elakkan makanan habis!

 

 

Menarik kan gambar-gambar makanan di restoren ni. Memang patut datang cuba makan di restoren Tuu.. Dia PakTam.

 

Kalau anda berminat nak cuba boleh pergi ke alamat: 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Dataran Templer, 68100 Selayang, Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi di: 03-6138 8388

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tdpaktam/

 

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Selayang, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Share.

Leave A Reply