Tolak Timb Menteri Perpaduan. Ini Respon Perdana Menteri TS Muhyiddin.

| March 11, 2020 | 0 Comments

Tolak Timb Menteri Perpaduan. Ini Respon Perdana Menteri TS Muhyiddin. | Susulan ahli parlimen Bintulu menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan dan tidak hadir semasa istiadat angkat sumpah. Ini respon dari Perdana Menteri. Baca selanjutnya.

Terima Penolakan Dengan Hati Terbuka

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari calon lain untuk dilantik Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menolak jawatan berkenaan.

Menerima keputusan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dengan hati terbuka, Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ia adalah pilihan beliau (Tiong). Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan tetapi jika beliau fikir tidak sesuai untuk apa jua sebab, kami akan terima itu.

“Sudah tentu saya perlu mencari orang lain yang akan dicalonkan kepada Agong untuk mengisi jawatan itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin, bagaimanapun, berkata beliau akan bertemu dengan Tiong esok.

“Beliau (Tiong) menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat kepada negara menerusi kapasiti lain,” katanya.

Semalam, media melaporkan Tiong tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di Putrajaya.

Setiausaha Agung PDP, Datuk Nelson Balang Rining dilaporkan berkata, majlis tertinggi parti itu bersetuju bahawa Tiong perlu menolak jawatan itu kerana ia tidak sesuai untuk presiden parti dan ahli Parlimen lima penggal itu.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *