3 Tempat Makan Tengahari Best di Tasek Gelugor, Penang | Dah jemu asyik makan menu yang sama ja setiap hari. Mula lah nak pegang handphone nak google tempat makan best. Ramai yang tak berapa tahu tempat makan tengahari best di Tasek Gelugor ni.

Jangan risau. Di sini kami menyenaraikan tiga tempat makan best untuk sajian tengahari hampa. Pakat-pakat mai makan nah.

 

1. Selera D’Kunin

Restoran yang mempunyai aneka makanan kampung sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang disaji ialah gulai ayam kampung, ikan bakar, kambing bakar, kerabu dan juga ulam-ulaman.

Tempat makan yang banyak dan sangat luas. Memang menjadi tempat tumpuan untuk warga Tasek Gelugor. Sampai sanggup beratur panjang nak pilih lauk. Harganya juga sangat berpatutan.

Macam mana? Mesti dah teringin nak makan dah kan? Mai la makan tengahari kat sini. Ni alamat dia  Pokok Tampang, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Bagi yang nak hubungi dulu boleh telefon di talian 018-204 3776.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/seleradkunin/

 

 2. Restoran MN Annur

Restoran MN Annur ni menyediakan pelbagai lauk pauk untuk makan tengahari antaranya ialah ikan bawal kari, ikan kembung sambal dan ulam-ulaman. Ada yang kata “The Best Gulai dekat Tasek Gelugor”. Ha, tudia penangan Restoran MN Annur ni. Bukan biasa-biasa ye.

Harganya murah dan berpatutan. Dah ramai yang makan di sini dan repeat setiap hari pon ada. Kalau makan dengan ahli keluarga lagilah menaikkan selera kampung dia tuh. Fuh, sampai berpinggan –pinggan tambahnya nanti.

Kecur liur betoi. Tak sabar dah nak pi.  Bagi sapa-sapa yang nak pi, ni alamatnya 13310 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Boleh hubungi di talian  012-204 7635.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Restoran-MN-Annur/217316008312782

 

3. Kedai Makan Selera Kampung

Restoran ni tengok nama pon dah boleh agak menu dia sebab tengok nama pon dah tahu, iaitu menyediakan makanan bertemakan selera kampung. Memang waktu makan tengahari ni orang akan cari nasi campur untuk isi perut. Jadi, datanglah ke Kedai Makan Selera Kampung Tasek Gelugor ni.

Pelbagai aneka lauk, ikan bakar dan tidak lupa juga ulam-ulaman yang menjadi ‘highlight’ di Kedai Makan Selera Kampung ini. Ruang makan yang luas dan harga yang berpatutan. Boleh ajak kawan-kawan atau keluarga untuk makan di sini.

Menarik kan? Jom kita pi serbu ramai-ramai. Ni alamat dia Bersebelahan CCRC Kg Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Boleh hubungi di talian 018-295 4857.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Kedai-Makan-Selera-Kampung-139689813357101/?ref=br_rs

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best di Tasek Gelugor, Penang ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

 

 

Share.

Leave A Reply